Monday, February 23, 2015

Ibu tunggal yang diberi bantuan kewangan tanpa segan silu guna bantuan tersebut untuk melancong



Seorang ibu tunggal yang diberi bantuan kewangan tanpa segan silu menggunakan sebahagian bantuan tersebut untuk melancong ke beberapa negara selama lima minggu. Menurut Dailymail UK, Kay Bird, 28, dikecam warga internet selepas menghabiskan £3,000 (RM17,000) dari bantuan kewangan berjumlah £8,500 (RM48,000) untuk melancong ke Athens, Istanbul, Dubai, Sri Lanka, Jakarta, Bali dan juga Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Bird mempertahankan tindakan beliau bahawa terdapat ramai lagi penerima bantuan yang menyalahgunakan kemudahan tersebut. "Saya bukan ibu tunggal yang akan menikmati segala kemudahan dan asyik makan dan tidak pernah meninggalkan rumah. "Mereka (penerima bantuan) memilih untuk hanya membeli makanan dan gajet (menggunakan duit bantuan). Saya cuma memilih cara berbeza," tambahnya. -AP




.

Bila Datuk Seri Hishammuddin diminta tolong ambil gambar pasangan pelancong Jerman


Bila Datuk Seri Hishammuddin diminta tolong ambil gambar pasangan pelancong Jerman | Normal kalau kita pergi melancong, ada kemungkinan orang akan meminta tolong pada kita untuk ambilkan gambar mereka. Kadang-kala kita pun akan minta kepada orang lain berbuat benda yang sama. Kerap kali kita main serkap jarang aje sesiapa yang ada dekat-dekat dan yang jadi mangsa pastinya orang yang kelihatan mesra. Mungkin itu yang berlaku kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang siang tadi berada di pusat pelancongan terkemuka Kemboja yakni kompleks kuil Angkor Wat.

 Beliau berjalan bersama beberapa rakan dan pegawai Kemboja untuk melihat keunikkan kuil berkenaan. Tidak semena-mena, satu pasangan Jerman meminta beliau agar tolong tangkap gambar mereka. Seorang yang terkenal sebagai rajin tersenyum dan sentiasa membantu, Hishammuddin pun menolong pasangan berkenaan tanpa banyak soal. Tindakan spontan beliau itu berjaya dirakam kamera lain, mungkin salah seorang pegawainya dan kemudian ia dimuat naik ke media sosial beliau seperti Twitter dan Facebook.

Ramai yang memuji sikap merendah diri beliau itu walaupun ketika itu beliau diringi pegawai-pegawai kanan Kemboja. Mungkin pasangan Jerman berkenaan tidak perasan ketika meminta tolong. Agaknya apa perasaan pelancong Jerman berkenaan andai mereka tahu yang diminta ambil gambar tu adalah tetamu VIP kerajaan Kemboja dan juga Menteri Pertahanan Malaysia? Sudah tentu siapa yang mengambil gambar itu akan lebih bernilai dari gambar itu sendiri nanti.



.

Nasihat penting buat orang ramai ketika berhadapan dengan cuaca panas



Nasihat penting buat orang ramai ketika berhadapan dengan cuaca panas | Orang ramai dinasihati agar mengurangkan pengambilan cecair yang menggalakkan perkumpulan air kencing seperti minuman berkafein, kopi, teh dan air berkarbonat ketika cuaca panas. Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman, berkata pengambilan minuman berkenaan menyebabkan individu akan kerap membuang air kecil sehingga mengakibatkan badan kekurangan cecair. "Sudah menjadi kebiasaan, bila bangun pagi minum kopi atau teh, tetapi pada musim cuaca panas ini, ia tidak sesuai kerana akan menyebabkan kita kerap kencing, sedangkan badan kita memerlukan air yang banyak kerana suhu panas menyebabkan badan hilang banyak air.

"Seeloknya kita minum jus buah-buahan yang kurang gula. Bagi membekalkan air yang cukup untuk badan tak semestinya minum sehingga dua liter air kosong, tapi boleh diperoleh daripada sumber lain seperti buah-buahan," katanya di sini hari ini.Beliau berkata, selain minuman berkafein, pengambilan ubat diuretik terutama di kalangan pesakit darah tinggi juga boleh menyebabkan seseorang kerap membuang air kecil. Sehubungan itu, Ridzoni berkata pesakit dinasihati agar mendapatkan nasihat doktor tentang alternatif atau cara untuk mengurangkan dos ubat berkenaan untuk sementara waktu bagi mengurangkan cecair dalam badan hilang secara paksa (kencing). "Di samping itu, apa yang paling utama ialah setiap individu perlu memastikan bahawa mereka meminum air yang cukup iaitu kira-kira dua liter dalam tempoh 24 jam (sehari).

"Boleh minum lima gelas jus buahan-buahan dan lima gelas air kosong kerana selain membekalkan air, buah juga boleh membekalkan zat-zat lain seperti sodium, potassium dan vitamin C," katanya. Ridzoni berkata, bagi golongan berumur 50 tahun ke atas, mereka lebih mudah terdedah kepada dehidrasi kerana faktor umur yang meningkat menyebabkan mereka berasa kurang haus. "Cara yang mudah ialah memeriksa air kencing kerana kencing yang pekat menunjukkan badan kekurangan air. Selain itu, jika kita melekapkan bibir atas dan bawah, dan jika ia melekit, seperti terkena air gula, itu bermakna mereka kurang air. Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai mengurangkan pengambilan makanan yang pedas bagi mengelak peningkatan suhu badan.

"Ambil makanan mengandungi banyak air seperti buah tembikai, betik dan tembikai susu, sayur-sayuran contohnya tomato, timun dan sawi, serta masakan seperti sup, tumis air dan masak pindang boleh meningkatkan pengambilan air. "Kita juga boleh mendapatkan sumber air daripada minuman seperti air kosong, susu dan makanan seperti sup dan yogurt," katanya. Beliau berkata, orang ramai juga boleh melayari laman web Bahagian Pemakanan www.nutrition.moh.gov.my untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Panduan Diet Malaysia atau kemukakan sebarang pertanyaan yang berkaitan melalui Facebook Bahagian Pemakanan iaitu Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jabatan Meteorologi pula menyatakan suhu maksimum di beberapa bandar utama hari ini termasuk Kuala Lumpur mencecah 34 darjah kerana negara pada masa ini sedang berada pada penghujung Monsun Timur Laut dan dijangka berakhir pada penghujung Mac ini. Kebanyakan kawasan terutamanya di utara pantai barat Semenanjung Malaysia kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang menyebabkan berlakunya cuaca panas dan kering. - BERNAMA





.

Keadaan PELUMBA McLaren, Fernando Alonso yang ditimpa kemalangan di litar Catalunya



PELUMBA McLaren, Fernando Alonso dikejar ke hospital selepas mengalami kemalangan ketika pusingan akhir aksi ujian pra musim di Litar Catalunya, Barcelona pada Ahad. Alonso dilaporkan melanggar dinding penghadang jalan dengan kelajuan 150mph di Turn 3. Bagaimana pun Alonso dikhabarkan berada dalam keadaan 'ok dan sedar'. Menurut laporan, Alonso dihantar ke hospital oleh pihak perubatan litar sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya terdapat kecederaan serius. -AP




.

Amalan makan plasenta atau uri kian popular di Amerika? Apa kepercayaan mereka?



Amalan makan plasenta atau uri kian popular di Amerika? Apa kepercayaan mereka? | Trend kesihatan datang dan pergi, tetapi satu trend yang kian popular di kalangan ibu baharu di Amerika Syarikat adalah untuk makan plasenta atau uri bayi. Mereka yakin ia dapat membantu untuk meningkatkan tenaga, menghasilkan susu yang sihat dan menghindari kemurungan selepas bersalin. Amalan tersebut turut menyebabkan kaum ibu menjauhkan diri dari perubatan moden untuk rawatan semula jadi, atau mengikut trend selebriti Hollywood yang sering mengetengahkan rawatan ‘New Age’ terkini.

 Dikenali sebagai "placentophagy," ia memerlukan para ibu untuk makan uri yang kaya dengan zat besi dalam beberapa bentuk: cecair, pepejal atau dimasukkan ke dalam pil. Sesetengah bidan menggalakkan amalan pemakanan uri untuk ibu juga. "Uri membantu memulihkan badan anda dengan vitamin, mineral, hormon," kata seorang bidan Claudia Booker kepada AFP. Untuk $270 (RM984.96) Booker akan memproses organ berkenaan untuk dijadikan pil dan boleh bertahan selama beberapa minggu. Setakat ini, tiada kajian saintifik tentang bilangan ibu baharu yang mengambil bahagian dalam amalan ini. Namun amalan ini popular di kalangan selebriti Hollywood termasuk Alicia Silverston dan Januari Jones.

Terdapat juga buku memasak yang mengandungi resipi seperti lasagna dan tqcos yang mengandungi uri. Amalan ini turut memberikan manfaat emosi. Seorang ibu Laura Ransom dari Las Vegas, Nevada mengambil pil uri selepas kelahiran anak ketiganya dan berkata ia membantu beliau menguruskan jadual yang sibuk. "Pil ini memberikan saya tenaga, mengawal emosi saya dan oleh itu saya benar-benar gembira. Ia turut membantu saya untuk menangani beberapa perkara setelah mendapat anak ketiga setelah kita berpindah dan juga sumai saya memulakan kerja baru,” katanya. -AP






.

Kerana gemarkan berpakaian kostum adiwira, keluarganya putuskan biarkan dia mengenakan pakai itu walaupun selepas mati



Kerana gemarkan berpakaian kostum adiwira, keluarganya putuskan biarkan dia mengenakan pakai itu walaupun selepas mati | Seorang lelaki pelik yang dikenali kerana kostum adiwira Green Lantern berakhir dengan memakai kostum berkenaan walaupun selepas mati. Mayat Renato Garcia, 55, diawet sebelum dipakaikan kostum itu untuk menyambut kedatangan tetamu di majlis pengebumiannya. Garcia dikenali penduduk di bandar ini kerana gemar memakai kostum itu yang ditemuinya dalam kotak berhampiran tong sampah beberapa bulan lalu.


Dia meninggal dunia akibat penyakit lelah dan keluarganya memutuskan mengebumikannya dengan memakai kostum berkenaan. Mayatnya diletakkan dalam keadaan berdiri di satu penjuru di kediaman adiknya dikelilingi jambakan bunga dan jarinya turut dipakaikan cincin yang kononnya menjadi punca kuasa watak Green Lantern. -AP




.

Fenomena misteri dikesan berlaku dalam kalangan juruterbang pesawat?



Satu fenomena misteri dikesan berlaku dalam kalangan juruterbang pesawat yang menyaksikan mereka mengalami kekeliruan, lembap, dan masalah kesihatan ekoran terdedah dalam tempoh masa lama kepada asap toksik sistem pengudaraan di dalam kapal terbang.Fenomena tersebut dikenali sebagai sindrom Aerotoksik, satu situasi yang sudah lama diketahui oleh pihak berkuasa termasuk syarikat penerbangan, namun tidak didedahkan kepada umum. Seorang bekas kapten pesawat yang mempunyai pengalaman selama 19 tahun, Tristan Loraine berkata, dia yang bertugas dengan syarikat penerbangan British Airways, dipaksa bersara pada 2006 kerana masalah kesihatan.

Portal berita Daily Mail melaporkan, beliau mengalami kebas di jari tangan dan kaki, loya, dan luka di hidung, simptom yang konsisten dengan sindrom Aerotoksik, terma yang digunakan oleh doktor dan saintis untuk menerangkan masalah fizikal dan neurologi dipercayai berlaku akibat terdedah kepada pelbagai bahan kimia melalui sistem pengudaraan kabin. Seorang pakar Biolab Medical Unit di London, Dr. Jenny Goodman yang merawat banyak krew kabin dan juruterbang menyatakan, penyakit itu terjadi kepada mereka yang menaiki pesawat selama bertahun-tahun.

Pandangan itu dikongsi oleh ahli perubatan penerbangan, Dr. Michel Mulder yang merawat 180 juruterbang, anak kapal, dan penumpang yang mengalami simptom tersebut. “Dalam ujian DNA, kesemua pesakit terbabit menunjukkan bahan organofosfat yang ditemukan dalam minyak enjin jet berada di dalam badan mereka, menyebabkan pesakit mengalami masalah kesihatan,’’ katanya. Sindrom Aerotoksik pertama kali dicadangkan dalam terma perubatan pada 1999 oleh tiga pakar termasuk seorang doktor tentera Amerika Syarikat (AS), dan mempersoalkan pencemaran udara dalam penerbangan.

Kebanyakan pesawat dipasang dengan sistem yang mana udara dalam kabin dipam dari enjin pesawat dalam keadaan yang ditakrifkan sebagai ‘pendarahan udara’ kerana udara itu dikeluarkan dari seksyen pemampatan enjin di mana minyak melincirkan enjin. Terdapat penutup atau pelindung yang direka untuk memisahkan udara itu dan minyak, namun penyelenggaraan yang tidak mencukupi atau sudah usang menyebabkan berlakunya kebocoran, menyebabkan minyak panas itu mencemarkan udara. Dalam jumlah yang kecil, toksin dalam minyak enjin tidak berbahaya, namun kebanyakan pakar bersetuju pendedahan dalam jangka panjang boleh menjejaskan kesihatan termasuk masalah pernafasan dan neurologikal selain kanser otak. -AP




.

Mimpi ngeri buat pemilik rumah.. Bila dapat penyewa yang sangat pengotor



Mimpi ngeri buat pemilik rumah.. Bila dapat penyewa yang sangat pengotor | Seorang pemilik rumah di sini bagaikan mendapat mimpi ngeri apabila rumah yang disewa kepada orang lain ditinggalkan dalam keadaan kotor dan tidak terurus dalam satu insiden yang dilaporkan baru-baru ini. Kelakuan buruk penyewa itu terbongkar apabila seorang juruteknik tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah tersebut untuk membaiki pemanas api yang rosak walaupun notis telah diberikan kepadanya.Apabila diperiksa, pemilik rumah itu mendapati rumahnya dipenuhi dengan timbunan botol kosong, manakala puntung rokok dan sisa makanan bersepah di merata tempat.


Namun, penyewa tersebut bertindak melarikan diri selepas perangai buruknya yang malas membersihkan rumah sejak sekian lama itu diketahui pemiliknya. Pengarah ejen hartanah syarikat Nock Deighton, Dawn Clarke menjelaskan, rumah tersebut merupakan rumah yang paling kotor pernah dilihatnya sejak lebih 30 tahun menceburi bidang hartanah. "Ia benar-benar menjijikkan dan saya tidak tahu bagaimana seseorang boleh tinggal di rumah seperti ini," kata Clarke. -Agensi




.

Pengguna jalan raya gempar menyaksikan gelagat seorang lelaki



Pengguna jalan raya gempar menyaksikan gelagat seorang lelaki | Pengguna jalan raya yang melalui pekan Guar Chempedak, dekat sini, gempar menyaksikan gelagat seorang lelaki yang berlegar-legar di tepi jalan raya secara tiba-tiba melompat ke arah sebuah kereta yang kebetulan lalu di hadapannya sebelum berbaring di atas jalan raya, di situ. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang kelmarin, pengguna jalan raya terpaksa memberhentikan kenderaan mereka hampir 30 minit selepas perjalanan mereka terhalang akibat tindakan lelaki terbabit.

Menurut saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Hanim, 34, sebelum kejadian, dia melihat lelaki itu berlegar-legar di tepi jalan raya sebelum melompat ke arah sebuah kereta yang kebetulan melepasi lampu isyarat dari Alor Setar menghala ke Sungai Petani. Katanya, pemandu kereta terbabit yang juga seorang wanita sempat mengelak daripada melanggar lelaki itu, namun lelaki itu dilihat berpura-pura pengsan dan terus berbaring di atas jalan raya terbabit tanpa bergerak. “Pada mulanya, saya lihat lelaki itu bangun semula dan berjalan ke tepi jalan, namun selepas dia melihat kereta itu berhenti, dia segera kembali ke tengah jalan dan berbaring semula. -Metro




.

Suami simbah minyak panas pada isteri selepas gagal kawal kemarahan


Suami simbah minyak panas pada isteri selepas gagal kawal kemarahan | Minta duit tapi dapat sakit. Itu nasib malang menimpa seorang isteri yang cedera di kemaluan akibat disimbah minyak panas oleh suaminya. Malah, wanita berusia 44 tahun itu turut cedera di badan selepas ditendang dan dipukul.

 Menurut sumber, kejadian berlaku jam 7.30 pagi Jumaat lalu di rumah pasangan itu di Setapak, di sini. Katanya, sebelum kejadian mangsa berada di ruang dapur kerana sedang memasak dan dia meminta duit daripada suaminya kerana ingin pulang ke kampung.

“Bagaimanapun suaminya yang berusia 40-an enggan memberikan wang yang diminta menyebabkan berlaku pertengkaran. “Gagal mengawal kemarahan, suspek memukul dan membelasah isterinya tanpa mengendahkan rayuan mangsa supaya tidak diperlakukan sedemikian,” katanya. -Metro



.

'New Balance Malaysia' mohon maaf kerana pamer kasut kulit babi di ruang depan kedai tanpa amaran jelas



'New Balance Malaysia' mohon maaf kerana pamer kasut kulit babi di ruang depan kedai tanpa amaran jelas | Sejak beberapa hari lalu, kasut keluaran 'New Balance' mula mencuri tumpuan di media sosial. Semuanya gara-gara salah sebuah butiknya di Pulau Pinang yang dikatakan tidak sensitif kepada pengunjung beragama Islam. Ini kerana, kasut yang diperbuat daripada kulit babi diletakkan di ruang hadapan premis kedai tanpa amaran diletakkan dengan jelas. Hari ini menerusi akaun rasmi Facebook 'New Balance Malaysia', mereka memohon maaf dan mengakui tindakan serius sudah diambil.

Pengedar New Balance Malaysia berjanji akan mempamerkan papan tanda dengan tulisan bersaiz besar untuk produk yang menggunakan kulit babi. Kedudukan papan tanda juga akan diletakkan pada kedudukan yang senang dilihat dan digantung bersama kasut buatan kulit haiwan berkenaan. Malah, kasut yang menggunakan kulit babi akan dibalut dengan plastik.


Mereka turut menjelaskan, kebanyakan kasut yang dibuat di Amerika Syarikat dan UK adalah menggunakan kulit babi. Namun, kebanyakan model 574 termasuk kasut larian, bersukan dan gym tidak menggunakan kulit haiwan dan boleh digunakan oleh pengguna Islam. Kemaskini yang dibuat oleh pihak New Balance Malaysia di Facebook dalam masa sama mendapat reaksi daripada pengguna media sosial. -Awani




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!