Friday, February 27, 2015

Wanita dilayan seperti binatang selepas ibu bapa tidak suka teman lelakinya



Wanita dilayan seperti binatang selepas ibu bapa tidak suka teman lelakinya | Seorang wanita dikurung dan dilayan seperti binatang selepas ibu dan bapanya tidak menyukai teman lelaki anak perempuan mereka itu. Pada 2009, Zhang Qi, 24, disuruh berpisah dengan teman lelakinya dan dikurung di sebuah pondok. Menurut Mirror UK, Zhang cuba melarikan diri beberapa kali sebelum itu namun berjaya ditangkap ibu bapanya. Ibu dan bapanya kemudian memberitahu orang kampung bahawa anak perempuan mereka sakit jiwa dan mula mengurungnya. Polis memulakan siasatan selepas beberapa keping gambar Zhang yang hidup terseksa tersebar di internet. -AP




.

Pekerja binaan maut dan seorang lagi parah selepas dihempap palang besi konkrit di tapak projek pembinaan MRT


Pekerja binaan maut dan seorang lagi parah selepas dihempap palang besi konkrit di tapak projek pembinaan MRT | Seorang pekerja binaan maut manakala seorang lagi rakannya parah selepas dihempap palang besi konkrit di tapak projek pembinaan landasan Transit Aliran Ringan Massa (MRT), 1.40 petang tadi. Kejadian runtuhan dipercayai berlaku selepas tali pengikat untuk mengangkut besi ke bahagian atas terputus menyebabkan beberapa palang besi konkrit terjatuh. Menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini mengesahkan kejadian berkenaan di kawasan pembinaan Portal Samantan. Menurutnya, setakat ini hanya dua pekerja yang terbabit dalam insiden berkenaan dan pihak pengurusan syarikat berkenaan masih menunggu laporan penuh berhubung kejadian itu sebelum mengeluarkan kenyataan lanjut. -Metro



.

Ibu terkejut, diari bongkar pengalaman hitam anaknya yang baru berusia 9 tahun


Ibu terkejut, diari bongkar pengalaman hitam anaknya yang baru berusia 9 tahun | Tindakan seorang wanita membaca diari anaknya membongkar kejadian kanak-kanak berusia sembilan tahun itu diperkosa anak lelaki pengasuhnya berusia 16 tahun. Kejadian yang berlaku empat tahun lalu itu hanya dicatatkan mangsa di dalam diari tanpa menceritakan detik hitam dialami kepada keluarga. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, ibu mangsa berusia 40-an dikatakan terbaca kandungan diari itu ketika berada di rumahnya di Pandan Indah, di sini.

Sumber berkata, wanita itu yang terkejut dengan isi kandungan dibaca kemudian terus mendapatkan anaknya dan bertanya hal sebenar. “Mangsa kemudian mengaku pernah diperkosa remaja lelaki terbabit. “Terkejut dengan pengakuan anaknya itu, dia terus membawa mangsa ke Balai Polis Pandan Indah untuk membuat laporan berhubung kejadian berkenaan,” katanya. Susulan itu, mangsa dihantar ke hospital dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan lama di alat sulit mangsa.

Sumber berkata, polis kemudian bertindak mengesan rumah pengasuh itu berikutan keluarga itu sudah berpindah. “Bagaimanapun siasatan lanjut akhirnya berjaya menemui kediaman pengasuh itu sebelum menahan remaja lelaki itu. “Polis juga sudah merakam keterangan suspek sebelum dia dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya. Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.-HM




.

Subhanallah.. Gambar fenomena ombak beku yang melanda pantai timur Amerika



Subhanallah.. Gambar fenomena ombak beku yang melanda pantai timur Amerika | Ini bukan alunan ombak rindu tetapi ombak beku. Fenomena yang jarang-jarang dilihat ini telah dirakamkan oleh seorang peluncur, Jonathan Nimerfroh di pantai Nantucket, Massachusetts, Amerika Syarikat baru-baru ini. Februari telah mencatatkan suhu paling sejuk melanda pantai timur Amerika Syarikat sejak beberapa tahun ini. Bagaimanapun, di daerah ini, suhu menjadi tersangat sejuk sehingga ombak pun telah mula membeku. Ia adalah fenomena yang jarang-jarang berlaku tetapi ombak beku yang digelar 'slurpee waves' ini telah berjaya dirakamkan oleh Nimerfroh.


Nimerfroh yang ke pantai untuk bermain luncur ombak sebaliknya dia melihat di ufuk pantai fenomena pelik iaitu ombak yang membeku. Nimerfroh kemudiannya memuatnaik gambar yang diambilnya itu dalam laman Instagramnya pada Rabu. Pada keesokan harinya, dia sekali lagi ke pantai yang sama dan mendapati ombak yang membeku itu masih berada di situ. Dia kemudiannya bertanya kepada para nelayan tempatan dan mereka berkata, inilah pertama kalinya mereka melihat fenomena ombak beku. -AP




.

Lion Air dikecam sindir pesawat hilang melalui Twitter.. Inilah tweet tersebut..



Lion Air dikecam sindir pesawat hilang melalui Twitter.. Inilah tweet tersebut.. | Syarikat penerbangan tambang murah Lion Air dikecam pengguna Twitter di Indonesia selepas kononnya memuatnaik satu kenyataan yang disifatkan tidak berperikemanusiaan di jaringan media sosial itu pada malam tadi. Dalam satu tweet, akaun @OfficialLionAir menulis : "Tweeps dalam penerbangan kalian pilih mana? Kena delay atau ngga pernah sampai? Selamat malam. Salam #LIONAIR Kenyataan itu seolah-olah memerli syarikat penerbangan kapal terbang lain yang tidak mampu membawa penumpangnya tiba ke destinasi dengan selamat.


Perkara ini juga dilihat sedikit sebanyak memberi kesan kepada beberapa syarikat penerbangan yang dilaporkan pesawatnya hilang dan juga yang terlibat dalam kemalangan.
 Hasil pemantauan, kira-kira jam 11:40 malam Khamis catatan tweet kontroversi itu sudah tidak kelihatan. Kira-kira jam 11:51 malam pula akaun @OfficialLionAir dilaporkan tidak wujud, seolah-seolah akaun ini sudah dinyahaktif di Twitter.Lion Air bagaimanapun kemudian mengesahkan akaun Twitter itu palsu. Menurut laporan Republika Online pada 26 Feb, Direktor Umum Lion Air, Edward Sirait menafikan akaun tersebut.


Laman web rasmi Lion Air di www.lionair.co.id juga tidak menyatakan ia tidak memiliki akaun Twitter. Bagaimanapun penafian pegawai kanan Lion Air itu tidak meredakan keadaan kerana pengguna Twitter mengesan ada lagi akaun di jaringan media sosial itu yang menggunakan nama @LionAirIndo atau @LionAirID.Penafian itu juga menimbulkan tanda tanya kerana beberapa tweet daripada akaun @OfficialLionAir sebelum ini membayangkan akaun itu sebagai akaun rasmi. Ia misalnya memohon maaf mengenai pembatalan beberapa penerbangan pada 19 Februari lalu. -Awani



.

KELUARGA lagenda F1, Michael Schumacher jual sebuah rumah percutian mereka untuk teruskan rawatan pelumba tersebut



KELUARGA lagenda F1, Michael Schumacher telah menjual sebuah rumah percutian mereka di kawasan pergunungan Norway untuk merawat pelumba tersebut yang cedera dalam kemalangan ski ais sejak setahun lalu. Rumah bernilai £2 juta di Trysil, utara Oslo itu terpaksa dijual bagi mendapatkan dana untuk membina sebuah bilik rawatan bernilai £10 juta. Rumah yang dibina di dengan keluasan 6,940 kaki persegi itu dibeli oleh Schumacher sekitar 1990-an untuk dijadikan tempat rehat keluarganya. Bagaimanapun kediaman yang lengkap dengan spa, kabin berhampiran curam bermain ski, ruang meletak tujuh biji kereta itu kini telah dijual kepada jutawan Norway.


Akhbar tempatan Norway mendedahkan, pada mulanya rumah itu agak sukar dijual kerana keadaan dari luar yang tidak begitu menarik perhatian. Bagaimanapun setelah pembeli melihat keseluruhan sudut termasuk di dalamnya, mereka teruja untuk menjadi pemilik seterusnya. Keluarga Schumacher juga dilapor cuba menyembunyikan penjualan rumah tersebut daripada pengetahuan media, tetapi ia diketahui umum apabila bertukar pemilik.-AP




.

Wanita ini selamat walaupun menempuh kemalangan yang sangat ngeri



Wanita ini selamat walaupun menempuh kemalangan yang sangat ngeri | Seorang wanita berjaya sembuh walaupun separuh kulit kepalanya terkoyak dan menampakkan separuh tengkorak. Menurut Mirror UK, dalam kejadian awal Februari itu, Petra Novotna, 27, sedang menggunakan mesin pengorek lubang apabila rambutnya tersangkut pada mesin tersebut. Selepas beberapa saat, mesin tersebut menggulung rambut Novotna dan mula menarik kulit kepala mangsa, menyebabkan ia terkoyak.

Novotna yang merupakan seorang ahli bomba sukarelawan dihantar ke hospital dalam keadaan kritikal oleh jiran selepas terdengar jeritan perempuan malang tersebut. Menurut doktor, separuh tengkorak Novotna terdedah dan kulit kepalanya yang sudah terpisah tidak dapat disambungkan. Doktor kemudian menggunakan kulit dari lengan dan kaki Novotna untuk menggantikan kulit kepalanya. Selepas beberapa minggu, Novotna berjaya sembuh dan akan dibenarkan pulang ke rumah. -AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!