Saturday, February 28, 2015

CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG - AIRISZ

~ENTRI MELEKAT~


CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG - AIRISZ | Bila dah terpikat sangat dengan novel terbaru penulis [Cik Blur Dan Encik Ikhlas] ini, terus teringat lulu belum miliki lagi novel yang lama.. Taraa, kan siyes terpikat lagi sekali. Miliki tajuk yang unik, novel terdahulu penulis ini juga memang tidak kurang hebatnya.

Mengisahkan Intan Asnidar yang bekerja di kedai bunga. Dalam satu insiden ketika menghantar pesanan pelanggan dalam satu majlis pertunangan, tiba-tiba sahaja Intan Asnidar jadi tunang kepada Harris Isqandar yang kacak, disebabkan bakal tunangnya tidak hadir hari tu. Sungguh Intan Asnidar sendiri terkejut. Namun dia bersetuju dengan permintaan Harris untuk jadi tunang lelaki itu. Tapi lagi Intan Asnidar terkejut bila Harris memandang serius status itu, dan terus merancang untuk berkahwin. Hakikatnya, latar belakang mereka memang jauh sangat berbeza. Intan Asnidar hanyalah seorang gadis kampung biasa, dan Harris pula memang dari golongan berada, dah lah mak dia Datin Nora..

Keadaan yang berlaku serba mendadak itu memang tak lengkap tanpa halangan dan dugaan. Datin Nora sanggup melakukan apa sahaja untuk menghentikan niat Harris memperisterikan Intan Asnidar. Apatah lagi dengan bantuan si tunang tak jadi, Erny. Namun nampaknya tekad Harris sudah bulat. Seronok pula tengok Harris yang berjaya menyesuaikan diri di kampung Intan Asnidar.. Anak orang berada suka berkubang?? hehe...



Tajuk : Cik Bunga Dan Encik Sombong
Penulis : Airisz
Halaman : 593 muka surat
Harga : RM22/RM25




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




.

Kanak-kanak berdepan situasi cemas apabila tersepit celah dinding bangunan



Kanak-kanak berdepan situasi cemas apabila tersepit celah dinding bangunan  | Dua kanak-kanak lelaki berusia empat dan lima tahun berdepan situasi cemas apabila tersepit di celah dinding sebuah bangunan gara-gara mahu pulang ke rumah mengikut jalan pintas di sini baru-baru ini. Jie Tai, 4, dan Ming Huang, 5, berjaya diselamatkan sekumpulan anggota bomba dalam satu operasi dramatik di perkampungan Gaobu yang terletak di selatan wilayah Guangdong selepas menerima panggilan daripada orang ramai yang gagal mengeluarkan mereka.

“Insiden itu mula disedari apabila beberapa orang yang lalu-lalang di sekitar kawasan tersebut mendengar tangisan dua kanak-kanak. “Setelah diperiksa, mereka dapati terdapat dua kanak-kanak lelaki tersepit di celah dinding antara dua bangunan,” menurut jurucakap pihak bomba, Cheng Lin. Jarak antara dua bangunan tersebut sekitar 15 sentimeter. Tai dan Huang dipercayai mahu mengikut jalan pintas untuk pulang ke rumah yang terletak tidak jauh dari tempat insiden itu berlaku selepas keluar bermain.


“Kami perlu berhati-hati agar mereka tidak tercedera sewaktu memecahkan dinding dalam operasi menyelamat. Selepas lubang berjaya ditebuk, kami berjaya menarik mereka ke dalam bangunan,” katanya lagi. Operasi menyelamat mengambil masa kira-kira 10 minit, manakala kedua-dua kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi trauma dengan kejadian yang menimpa mereka. – Agensi





.

Pelik! Lihat permintaan terakhir seorang wanita yang akan menjalani hukuman mati ini



Pelik! Lihat permintaan terakhir seorang wanita yang akan menjalani hukuman mati ini | Seorang wanita yang akan menjalani hukuman mati di negeri ini telah mengemukakan pelbagai menu makanan daripada pihak penjara sebagai permintaan terakhirnya, sebelum tiba tarikh hukuman ke atasnya dilaksanakan.Agensi berita ABC News memetik kenyataan Jabatan Kesalahan Georgia sebagai berkata, Kelly Renee Gissendaner berharap pihak penjara dapat menyediakan lapan jenis makanan yang dimintanya.

Makanan tersebut ialah burger keju, kentang goreng, air limau, aiskrim ceri vanila, bertih jagung, salad dan minuman susu. Gissendaner dijatuhi hukuman mati pada 1998 atas kesalahan membunuh suaminya dan dia akan menjalani hukuman tersebut menggunakan kaedah suntikan pada 25 Februari ini.

Sebelum ini, pihak penjara Amerika Syarikat (AS) memenuhi setiap permintaan banduan yang dijatuhi hukuman mati untuk mendapatkan makanan yang lazat. Namun, amalan itu dihentikan pada 2011 selepas seorang banduan, Lawrence Russell Brewer enggan makan makanan yang dipesannya daripada pihak penjara Texas. -AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!