Wednesday, September 7, 2011

Bekas mertua AC Mizal dakwa anaknya terpaksa pinjam duit


Bekas ibu mertua pengacara dan pelakon, AC Mizal mendakwa anak perempuannya, Shafnie Zainuddin terpaksa meminjam duit daripadanya semata-mata untuk menampung perbelanjaan dua cucu lelakinya.
Rafiah Ab. Talib, 62, menerusi afidavit keterangan yang dikemukakan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang dekat sini, hari ini memberitahu anak perempuannya turut terpaksa menjual pelbagai barangan kepada rakan-rakannya bagi tujuan tersebut.

Menurut pesara itu, Shafnie terpaksa berpindah dari rumah yang disewa di Kota Damansara ke rumahnya di Kajang kerana tidak mampu membayar sewa dan gaji pembantu rumah.
Berhubung penghantaran anak sulung pasangan tersebut, Muhammad Shafiq Iman, 15, ke Sekolah Menengah Islam al-Amin, Bangi iaitu sebuah sekolah swasta yang berteraskan Pendidikan Islam, Rafiah dalam afidavitnya menyatakan:

''Muhammad Shafiq tidak mendapat bimbingan agama daripada ayahnya sejak kecil lagi, oleh sebab itu dia dihantar ke sekolah tersebut,'' jelasnya.
Rafiah juga mendakwa, emosi dua cucunya akan terganggu apabila melihat laporan media yang menyatakan AC Mizal hidup senang-lenang kerana mempunyai sebuah syarikat menjual gelang tangan selain membintangi filem serta mengacara rancangan di televisyen.

''Muhammad Shafiq pernah mempertikaikan apabila melihat ayahnya memakai sepasang kasut berjenama ketika remaja itu hadir bersama ibunya ke prosiding mahkamah tahun lalu sedangkan dia hidup sederhana,'' jelas Rafiah.
Rafiah dipanggil hari ini untuk memberi keterangan berhubung kes tuntutan pengubahan nafkah anak yang dikemukakan oleh Shafnie, 35, selaku plaintif terhadap bekas suaminya, AC Mizal, 39.

Ketika sesi soal balas oleh peguam syarie, Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal selaku defendan, saksi kedua plaintif itu menafikan isu tuntutan pengubahan nafkah anak terbabit difailkan selepas Shafnie bercerai menerusi perkahwinan keduanya.
Jelas ibu Shafnie, anak perempuannya itu pernah berkahwin dengan lelaki lain selepas bercerai dengan AC Mizal, namun beliau tidak mengingati bila tarikh pernikahan tersebut berlangsung.

Dalam permohonan pengubahan nafkah anak, Shafnie yang diwakili peguam syarie, Azmi Rais menuntut agar
jumlah RM300 sebulan bagi dua orang anak diubah kepada RM3,770 sebulan.
Ia merangkumi makan minum bulanan sebanyak RM400, pengangkutan (RM240), insurans pendidikan (RM1,000), pembantu rumah (RM200), pengajian al-Quran (RM280), dana amanah pendidikan (RM1,000) dan sewa atau ansuran rumah (RM650).

Selain itu, dia meminta perbelanjaan tahunan berjumlah RM9,000 yang merangkumi pakaian (RM3,000), perubatan (RM1,500), yuran sekolah atau tuisyen (RM500), aktiviti kokurikulum (RM1,000) dan hiburan serta percutian (RM3,000).



P/S - Zaman sekarang mana cukup RM300. Jangan cakap, untuk anak remaja, bayi pun belanja besar tau.. mana susu, pampers.. 



.

8 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

x gune ado titlle DATUK kalau anak sdiri pun xmampu nak sara

aamalinaazman on September 7, 2011 at 12:52 PM said...

betol!
skong cek lulu
aiyooooo
bukn ke die ade bisnes
napela sengkek sgt dgn anak sendiri kot

lieynanilaz on September 7, 2011 at 12:52 PM said...

kes diorang ni dah lama...x abis2 lagi..huhu..

HAFIZAL on September 7, 2011 at 12:56 PM said...

dah jadi jutawan pun susah ke nak bagi duit sara hidup untk anak

maszull on September 7, 2011 at 1:13 PM said...

salam lulu ...mcm2 skg ni kn...ada yg bercerai,ada yg kawin n mcm lg la....:)

zuwaidah on September 7, 2011 at 3:30 PM said...

moga dapat dikembalikan hak anak2. kasihannya. esok2 di sana nanti, anak2 akan tuntut hak mereka

Ce'gu JAERA on September 7, 2011 at 4:35 PM said...

Kesian Shafnie.. terpaksa berusaha sendiri untuk menampung sara hidup keluarganya.. AC bersenang lenang bersama keluarga baru, tapi anak2nya langsung x d pedulikan.. huhu

Anonymous said...

@fazilzura datuk lagi ke.... bukan dulu kata kena tarik ke... aaah, ye ke.... :) khabar ingat kot kan... :p

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!