Sunday, August 25, 2013

Alasan paling tak masuk akal oleh pasangan ini bila kena tangkap basah


Alasan paling tak masuk akal oleh pasangan ini bila kena tangkap basah | 'Kami tak buat apa-apa encik. Saya dan teman wanita saya sedang berbincang tentang pelajaran.' Itulah alasan sepasang kekasih yang ditemui berbaring di dalam kereta mereka di Taman Tasek Kulim ketika polis membuat rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan itu. Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pasangan itu masih menuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini. Menurutnya, ketika polis membuat rondaan, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan di tempat letak kereta taman berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi. "Apabila menghampiri kenderaan terbabit, polis mendapati kedua-dua pasangan itu sedang berbaring di dalam kereta.

“Terkejut dengan kehadiran polis, suspek perempuan terus bangun manakala teman lelakinya keluar dari kereta dalam keadaan kedua tangan memegang seluar yang dipakainya," katanya. Ketika ditanya pada suspek lelaki, apa yang sedang mereka lakukan dalam kereta dan berbaring dalam keadaan gelap, pelajar tahun akhir itu memberi alasan bahawa mereka sedang berbincang tentang peperiksaan yang akan mereka duduki tidak lama lagi.

"Kami belajar di IPTA sama. Saya sekarang ini belajar dalam semester akhir manakala teman wanita saya belajar di semester tiga. "Keluarga kami sudah tahu kami berkawan sejak dulu lagi,” katanya. Ghuzlan berkata, setelah membuat pemeriksaan, polis mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. "Polis akhirnya mengarahkan mereka beredar agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan. "Sedih saya lihat perlakuan anak-anak muda sekarang ini, ibu bapa diharap memantau anak dalam apa keadaan sekalipun,” katanya. -SH





.

5 Penyokong CHELSEA:

KHAIRUL AMRAN on August 26, 2013 at 9:24 AM said...

kesian dia. Alasan macam tak cukup akal je. Cuba la jawab kami dah kawin. tapi takde sijil nikah.. sebab nikah kat siam. hehe

JunAina on August 26, 2013 at 9:40 AM said...

Kehkehkehhh...jawpan spontan. Dah kering idealah tu.

broaus on August 26, 2013 at 12:38 PM said...

bagus jawapannya tapi kurang munasabah..huhu

Anonymous said...

pnddkn tggi tpi agma kurang,.bodoh!!!!!!

Shuhaida Subri on August 30, 2013 at 4:13 PM said...

Hahaha.. mesti dia gabra habis tu.. padan muka.. buat malu muka mak bapak je.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!