Inilah Senarai Pantai Terbaik Di Malaysia Menurut CNN | TIGA pantai di Malaysia baru-baru ini berjaya tersenarai dalam 50 daripada 100 pantai terbaik dunia, menurut satu kajian yang dijalankan oleh rangkaian berita antarabangsa CNN. Pantai tersebut ialah Pulau Perhentian Kecil di Terengganu yang menduduki tempat ke-13, Pantai Juara di Pulau Tioman, Pahang (21) dan Tanjung Rhu di Langkawi (49). Senarai tersebut yang dikumpulkan daripada pelbagai sumber, mengambil kira maklum balas pelancong, rakan-rakan dan pembaca di samping lawatan dan penyelidikan di tapak kajian, menurut CNN di laman webnya. Menurut laman web itu, kebanyakan pelancong di Langkawi berduyun-duyun pergi ke Pantai Cenang tetapi Tanjung Rhu mempunyai kecantikan secara semula jadi dan suasana tenang. Pantai yang panjang di Tanjung Rhu dikelilingi oleh gua-gua batu kapur purba, alunan air dan bakau tebal. "Kami sukakan Langkawi kerana pemandangan yang menakjubkan dari atas Gunung Mat Cincang, salah satu gunung tertinggi di pulau ini," katanya.
Bagi Pantai Juara, ia kurang maju dan kurang diberi perhatian berbanding pantai di Thailand, tetapi ia membawa kepada suasana semula jadi dan tenang untuk pengalaman di pantai secara keseluruhannya. "Ini bukan tempat untuk berparti atau untuk menikmati keriangan malam hari, melainkan jika anda mahu parti berjalan secara senyap dan keriangan malam apa tidak disertai manusia," dipetik dari CNN. Pulau Tioman adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang gemarkan cabaran adrenalin yang mana mereka boleh melakukan aktiviti 'rock-climbing' di Gunung Nenek Semukut.Pulau Perhentian Kecil pula menjadi tumpuan kerana airnya yang biru, yang selalunya dapat dilihat penyu dan jerung kecil di dalamnya.
Walau bagaimanapun, Tourism Malaysia telah memberikan satu senarai pantai terbaik di Malaysia yang berbeza mengikut pilihan penduduk tempatan. Pantai dan pulau terbaik itu adalah Pulau Sipadan, Mabul dan Kapalai di Sabah, kata Tourism Malaysia dalam satu kenyataan. Sipadan adalah kawasan terkenal di kalangan penyelam peringkat antarabangsa yang dikelilingi laut Sulawesi dan kedudukan geografi Sipadan di lengkungan Indo-Pasifik (pusat habitat laut terkaya di dunia) menjadikannya syurga bagi penyelam, katanya. Untuk mengekalkan ekosistem, penginapan hanya disediakan di pulau-pulau bersebelahan seperti Mabul dan Kapalai dan lawatan ke sana perlu diatur terlebih dahulu.
Pengalaman menyelam di Pulau Mabul, Semporna Sabah |
"Malaysia mempunyai beratus-ratus pulau yang bertaburan di perairannya dan beberapa pulau serta pantai terbaik di dunia boleh didapati di sini," kata Tourism Malaysia. Di Semenanjung Malaysia, Pantai Cherating di Pahang, Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah di Terengganu, Pulau Pangkor di Perak adalah yang paling popular di kalangan penduduk tempatan, katanya.
6 Penyokong CHELSEA:
mesti best cuti-cuti malaysia kat sini tak pun honeymoon ke hihi
P.tioman xda? Hihi
cukup indah ciptaanNya
Assalammualaikum....lulu,
suasana pantai yang indah dan mendamaikan.... kan !
mselim3
Assalammualaikum....lulu,
suasana pantai yang indah dan mendamaikan.... kan !
mselim3
pergh...tak sanggup nak pergi pantai kalu dah ramai sangat orang
Entri Baru Je Update : Buat Sendiri Oreo Milkshake Crunchy
Post a Comment