Pertandingan ratu cantik Miss World tetap akan dibuat di Indonesia walaupun dapat tentangan | Pertandingan ratu cantik Miss World 2013 tetap akan diteruskan di negara ini pada bulan depan, biarpun mendapat tentangan daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI), menurut pihak penganjur hari ini. Pengarah Hal Ehwal Korporat RCTI selaku penganjur dan stesen penyiar rasmi pertandingan tersebut, Syafril Nasution berkata, pihaknya sudah mendapatkan kelulusan daripada kerajaan untuk meneruskan pertandingan itu. "Sejak dari awal lagi, pihak penganjur menyatakan bahawa para peserta tidak akan memakai bikini atau menunjukkan sebarang imej yang boleh mencemarkan nama baik agama dan nilai budaya.
"Jadi, mengapa pertandingan itu perlu dihentikan?," katanya. Pengerusi MUI, Amidhan Sabrah berkata, pertandingan itu ditentang kerana disifatkan sebagai mengeksploitasi golongan wanita. "Pertandingan Miss World atau seumpamanya seolah-olah mendedahkan aurat wanita untuk dijadikan tontonan umum dan perkara itu melanggari syarak Islam. "Kami akan terus membantah pertandingan itu dan sama ada pertandingan akan diteruskan atau tidak, ia bergantung kepada keputusan kerajaan," ujarnya. Pertandingan itu dijangka berlangsung di Sentul, pinggir Jakarta pada 28 September ini. - DPA
.
1 Penyokong CHELSEA:
Betul juga .. emm
Post a Comment