Monday, July 12, 2010

Bapa saudara Khairy meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bapa saudara kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Datuk Ahmad Ghazi Abdul Hamid meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan jantung.

Ahmad Ghazi, 67, bekas Presiden Persatuan Koperasi Malaysia Bhd dan bekas Pengarah Maktab Kerjasama Malaysia meninggal dunia pada jam 3.30 petang setelah dimasukkan ke hospital itu sejak 16 hari lalu selepas koma.

Menurut keluarga terdekat, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumah ibu Khairy, yang juga kakak Ahmad Ghazi, Datuk Rahmah Abdul Hamid di 36, Jalan Setia Bistari, Bukit Damansara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Isyak malam ini. 

Allahyarham yang berkahwin dengan Datin Hasmah Abdul Hamid dikurniakan empat orang anak iaitu Adli, Aidi, Anisah dan Adilla.

Ahmad Ghazi yang berkelulusan sarjana sastera dari University of Ohio, Amerika Syarikat pernah bertugas sebagai guru, pensyarah Institut Teknologi Mara(ITM) dan perunding di MIDF Industrial Consultant sebelum dilantik sebagai Pengetua Maktab Kerjasama Malaysia dari tahun 1979 sehingga beliau bersara pada tahun 1998.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!