Pengenalan
Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi tahap ini anda akan disahkan demam.
Penyebab Demam
- Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga, cirit birit, denggi, dan HIV.
- Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
- Demam malaria
- Penyakit sendi
- Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
- Barah
Rawatan
Rawatan dirumah :
- Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan
- Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
- Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
- Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.
- Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
- Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Jika anda mempunyai gejala yang serius :
Jika anda mempunyai gejala yang serius :
- Jika suhu badan melebihi >39°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
- Baru pulang dari perjalanan luar Negara.
- Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
- Sakit perut, mata atau tulang pipi.
- Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
- Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
- Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
- Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
- Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
- Demam berkaitan dengan kecederaan
Pencegahan
- Elakkan dari mendekati seseorang yang sedang demam
- Mengamalkan kebersihan .
- Ambil diet yang seimbang dan sihat.
Soalan Lazim
Bagaimana Mengukur Suhu Badan?
- Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangkasuhu klinik, yang sesuai dari farmasi untuk mengukur suhu badan.
- Basuh jangkasuhu badan (termometer) dengan sabun, terutamanya kawasan bulat yang dimasukkan ke dalam mulut.
- Goncangkan termometer untuk memastikan tahap merkuri bawah dari 35°C.
- Letakkan termometer di bawah lidah atau lengan.
- Alihkan termometer selepas 4 minit di bawah lidah dan 5 minit di bawah lengan. (jika suhu diambil di bawah lengan, tambahkan 0.5°C untuk suhu badan luaran yang rendah).
- Ambil bacaan setelah tahap merkuri berhenti.
Bolehkah Kita Menjangka Suhu Badan Berdasarkan Jangka Suhu Telinga Atau Perubahan Warna Kulit?
- Jangka suhu telinga sering digunakan tetapi kurang tepat.
- Strip jangka berwarna tidak tepat dan tidak digalakkan penggunaannya.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment