Monday, September 20, 2010

Abramovich percaya kredibiliti Ancelotti


LONDON - Carlo Ancelotti bakal ditawarkan kontrak baru yang akan menyaksikannya kekal sebagai pengurus Chelsea sehingga 2014.

Pengurus dari Itali itu berjaya membimbing skuad The Blues menjulang gelaran berganda iaitu Liga Perdana England dan Piala FA musim lalu, sekali gus berjaya memuaskan hati pemilik kelab, Roman Abramovich.
Ancelotti, 51, menandatangani kontrak selama tiga tahun bernilai £3 juta (RM15 juta) ketika tiba di Stamford Bridge dari AC Milan.

Kontrak tersebut akan disambung sekurang-kurangnya buat dua tahun lagi sekiranya perbincangan dengan Abramovich berjalan lancar.


Abramovich juga dikatakan sangat gembira dengan perkembangan dan corak permainan Chelsea di bawah kendalian Ancelotti ketika ini.
Di bawah kendalian Ancelotti musim lalu, skuad The Blues mencatat rekod 103 gol ketika menjuarai gelaran liga.
Pada saingan musim ini, Chelsea pula berjaya mengekalkan rekod kemenangan dalam lima perlawanan dengan purata 4 gol dalam setiap perlawanan.


Dalam urusan pembelian pemain, Ancelotti hanya membeli seorang pemain saja musim ini iaitu perancang Brazil berharga £20 juta (RM97 juta), Ramires.





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!