Wah tajuk...........Berdebar nak kahwin....
Mudah ke nak kahwin? Tup-tup jer dah nak kahwin...Wooo kahwin bukan senang nak kena gi kursus dulu...
Biar tahu tanggungjawab sbg srg isteri/suami..Jangan suka suki je nak kahwin, tapi mudah bercerai berai..tak elok (Wah berceramah tu..)
Jom baca kat bawa ni..
**
Kenangan sewaktu bertunang.. |
MAJLIS pertunangan pengacara program Akademi Fantasia 8 (AF8) dan Trek Selebriti, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 30, dan kekasihnya, Nursuhaila Datuk Suhaimy, 24, yang diadakan pada 11 Jun lalu di kediaman Suhaila di Sunway Rahman Putra, Sungai Buluh, Selangor, berlangsung dalam suasana yang cukup meriah.
Walaupun awalnya memilih tarikh 10.10.2010 untuk disatukan sebagai suami isteri, pasangan ini memberitahu akan mempercepatkan majlis perkahwinan mereka pada awal Oktober. Ini kerana banyak pasangan lain memilih untuk berkahwin pada tarikh yang dianggap begitu istimewa itu antaranya Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Akhirnya kata sepakat dicapai apabila pasangan ini akan diijabkabulkan pada 1 Oktober dan majlis persandingan akan berlangsung pada 2 Oktober di Grand Ballroom, Level 3, Kuala Lumpur Covention Centre (KLCC) yang sememangnya eksklusif dan mahal harganya untuk digunakan bagi sebarang majlis.
Sepanjang pertunangan, pasangan ini turut berdepan ujian apabila Jimmy dikatakan mengambil kesempatan di atas kesenangan keluarga Suhaila kerana ibunya Datin Muniroh Kasim, adalah pengasas produk kecantikan Natasya yang semakin mendapat permintaan pengguna. Jimmy menafikan cerita itu dan berkata, niatnya memang ikhlas untuk memperisterikan gadis itu.
Sedar tidak sedar, sudah lima bulan mereka melalui alam pertunangan dan tinggal beberapa hari lagi buat mereka disatukan. Jimmy dilihat tidak duduk diam apabila bergerak ke sana sini bagi mengedarkan kad jemputan kepada media, rakan bisnes serta kenalan yang terpilih.
Walaupun semua persiapan boleh dikatakan sudah lengkap, pemuda berstatus anak yatim ini mengakui berdebar-debar menantikan tarikh itu.
"Urusan persiapan diserahkan kepada Baha Azman Nor sejak awal lagi tapi hati saya tetap berdebar-debar kerana mahu pastikan majlis berjalan lancar. Saya banyak berdoa agar segalanya berjalan sempurna. Seperti yang dijadualkan, majlis akad nikah akan berlangsung di rumah Suhaila pada sebelah petang.
"Saya kenal Suhaila empat tahun lalu ketika membuat penggambaran Trek Selebriti di Genting Highlands, Pahang. Selepas ini saya menggalas tanggungjawab besar sebagai suami dan membahagiakan Suhaila," katanya yang sekarang tampil dengan program Itu Dia! dan menerbitkan program Walimatul Urus untuk Astro. Jumlah wang hantaran untuk diberikan kepada Nursuhaila berjumlah RM31,000 sempena tarikh lahirnya 31 Januari 1986 dan mas kahwin pula berjumlah RM186. Jimmy juga akan memberikan sembilan dulang hantaran manakala Suhaila yang membantu perniagaan produk kecantikan Natasya bersama ibunya akan membalas 11 dulang.
Majlis bertandang ke rumah lelaki akan berlangsung pada 16 Oktober di Batu Gajah, Perak. Hasrat Jimmy untuk mengadakan majlis di Kellie's Castle, tempat bersejarah yang terkenal di Perak tidak kesampaian kerana masalah tertentu. Namun dia tetap bersyukur kerana dapat mengadakan majlis di satu lokasi bersebelahan tempat itu yang lebih cantik pemandangannya. Selain itu, majlis di kampung asal Suhaila di Sungai Petani, Kedah akan turut diadakan pada satu tarikh yang ditetapkan kemudian.
P/S - Tahniah.. Semoga segalanya berjalan dengan lancar..
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment