LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti (gambar) yakin Chelsea adalah pasukan yang paling sempurna dalam saingan Liga Perdana England musim ini.
Ancelotti membuat kenyataan itu berdasarkan kejayaan yang dicatat skuad The Blues pada awal saingan kempen liga domestik itu.
Juara Liga Perdana England itu akan melayan kunjungan Blackpool malam ini selepas memenangi kesemua lima perlawanan setakat ini.
Ancelotti pastinya berhajat meneruskan rekod bersih mereka itu ke atas skuad kendalian Ian Holloway setelah menewaskan Zilina 4-1 dalam kempen Liga Juara-Juara, Khamis lalu.
"Kamu harus menggunakan corak permainan yang sesuai dengan pemain yang kamu miliki dan kami memang mempunyai pemain yang berkebolehan untuk menjaringkan gol," kata Ancelotti.
"Kami perlu mempamerkan permainan yang sesuai di atas padang bagi menggunakan segala kelebihan dalam kualiti pasukan ini.
"Keseimbangan adalah penting dalam bola sepak. Jika kamu ada pemain berkemahiran dan berkebolehan, kamu mampu menunjukkan keseimbangan ini.
"Kamu kena cari keseimbangan tersebut iaitu kemampuan dalam menyerang dan bertahan."
Pemain perancang, Frank Lampard masih lagi belum pulih dari pembedahan pangkal paha dan tidak aakn diturunkan manakala pertahanan, Jose Bosingwa juga turut diketepikan.
Penyerang Didier Drogba pula digantung perlawanan tetapi Ashley Cole, Ramires, Paulo Ferreira dan Salomon Kalou dijangka kembali diturunkan dalam skuad utama.
"Blackpool adalah pasukan yang bagus dan telah menang dua perlawanan di gelanggang lawan. Mereka menunjukkan kesungguhan yang baik dalam saingan liga.
"Kami perlu memberi perhatian terhadap mereka. Prestasi kami sangat baik sekarang dan saya mahu kami meneruskannya," katanya.
‘Petaka’ menunggu Blackpool
Drogba, Ashley, Ramires, Ferreira, Kalou dijangka dalam kesebelasan utamaLONDON: Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti yakin pasukan kendaliannya adalah yang paling seimbang dalam Liga Perdana, di mana ia menjadi faktor utama dalam semua kemenangan yang dicatat pasukan itu musim ini.
Juara Liga Perdana itu akan melayan kunjungan Blackpool hari ini selepas menang semua lima perlawanan setakat ini. Dengan 21 gol, Chelsea dijangka sekali lagi mampu menang besar ke atas lawannya.
Skuad bimbingan Ian Holloway pula sudah pasti mahu membuktikan sebaliknya, terutama selepas kejayaan mengejutkan Wigan dan Newcastle dalam kepulangan mereka ke kelompok terbaik bola sepak Inggeris.
Namun Blackpool turut dibelasah 6-0 oleh Arsenal bulan lalu – keputusan sama dicatat Chelsea ke atas West Bromwich Albion dan Wigan – dan Ancelotti bercadang menurunkan kesebelasan terkuatnya selepas menundukkan Zilina 4-1 dalam saingan Liga Juara-Juara, Rabu lalu.
“Anda perlu menampilkan corak permainan terbaik dengan pemain yang ada dan kami mempunyai kemampuan menakjubkan di barisan depan,” kata Ancelotti.
“Kemampuan ini harus dipamerkan di atas padang bagi menunjukkan kualiti sebenarnya.
“Keseimbangan amat penting dalam bola sepak. Jika anda mempunyai pemain yang ada kemahiran dan kebolehan, anda boleh menunjukkan keseimbangan ini.”
Pemain tengah, Frank Lampard masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan pangkal paha dan tidak akan diturunkan, dengan pertahanan Jose Bosingwa turut diketepikan, tetapi Ancelotti akan menyenaraikan muka tetap yang tidak beraksi di Slovakia.
Penyerang Didier Drogba, yang digantung perlawanan, Ashley Cole, Ramires, Paulo Ferreira dan Salomon Kalou adalah antara pemain yang dijangka diturunkan Ancelotti.
P/S - Jangan lupa menyaksikan perlawanan Chelsea Vs Blackpool mlm ni, live di stadium astro ..ngee...
.
2 Penyokong CHELSEA:
Oleh kerana lulu ni kipassusahmati @ diehardfan Chelsea, so rajin2 la klik link ni ye.
http://akudansesuatuz.blogspot.com/2010/10/chelsea-lawan-malaysia-21-julai-2011.html
ow date dah confirm ye? nak tgk..
Post a Comment