Monday, September 20, 2010

Holiday punya cerita lagi.....



Percutian lulu di bumi Sandakan ni diteruskan ke tempat yang vasssss...ada klass...

Taman Buaya Sandakan.

Tgk tangan replika buaya tu.. Sblh kiri tunjuk 'bagus' sblh kanan tunjuk arah..soo....cute..eh

Beralamat di Batu 8, Jalan Labuk ataupun lebih tepat, mengambil masa satu setengah jam dari bandar Sandakan.. (Bandar Sandakan ni mmg besar...)




Yuran Kemasukan
Dewasa                                                RM5.00
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun    RM3.00
(Kat sini korang boleh bawa kamera, ambil berapa byk pun gambar, free of charge..)

Lepas byr tiket, teruslah melangkah masuk..jeng..jeng..anda suka buaya? lulu suka buaya? jom tgk..  





Peliklah..kat sini banyak buaya tak de ekor..nape eh..




Taman Buaya Sandakan  merupakan taman yang terbesar di Malaysia kerana memiliki lebih 3000 ekor reptilia itu di dalamnya.  

Tako mmg buaya terbesar disini...klik gambar untuk lebih jelas..


Percaya tak? Tako lebih besar dari lulu...adeh...dinasor ni..ngee..(Dia dah mkn 4 org..)

Baka asli didapati daripada  buaya liar yang menghuni  di sepanjang Sungai Kinabatangan.  Haiwan tersebut diternak untuk mendapatkan kulitnya bagi membuat kasut dan beg.


Ini pula Taki.. buaya kedua terbesar disini..



Diam jer dia ni..

Tetiba, bila asyik round 'kolam' demi 'kolam' buaya, ada announce suruh pergi kolam A.. Kolam ni mmg byk sgt buaya.. Tak terkira banyaknya.. Besar-besar.. Rasanya buaya ni dah ' tua-tua lah..' Diaorang nak bagi mkn.. So, bila wisel bunyi, eh, ajaib..menghairankan.. buaya tu menuju ke pintu...adeh..pandainye...


Inilah kolam A


Tengok badan buaya-buaya ni luka-luka..



Rasanye buaya-buaya ni dibagi daging ayam..Nampak mcm gitu..

Kat sini ada binatang lain juga.. Bukan buaya jer.. Dah mcm mini zoo tempat ni.. Tapi mmg lebih kepada Buaya la..





























Selain  peluang menyaksikan secara dekat reptilia  terbesar  di Sabah ini, taman ini juga turut menawarkan beberapa tarikan lain termasuklah pertunjukan buaya dan ular.

Masa Melawat
Pertunjukan Hari Biasa (Buaya sahaja) – 11.45pagi &  4.00petang
Pertunjukan Hari Ahad dan Cuti Umum (Buaya dan Ular) – 11.45 pagi , 2.00 petang  & 4.00 petang
Masa memberikan makanan – dari  9.30 pagi  ke atas sehingga 4.30 petang

Kebetulan masa lulu pergi ni, ada pertunjukkan...

















Gosok gigi





Dalam taman Buaya ni ada juga statue buaya untuk korang posing..ngee.. Ini adalah antaranya...







Okey, itu je la..Korang nak tgk lebih sila datang sini sendiri...Mana nak tgk banyak buaya selain kat sini...










.

1 Penyokong CHELSEA:

Hanis Azla on September 20, 2010 at 9:07 AM said...

suka dengan replika buaya tu.. mmg comel... Nnt klu ke sabah bolehlah masukkan taman buaya ni sbg salah satu tmpt untuk dilawati.. nmpk mcm best..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!