Wednesday, September 29, 2010

Seorang di wad ICU, dua dilapor stabil


KOTA KINABALU: Salah seorang daripada tiga anggota Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sandakan yang parah dalam kemalangan maut meragut empat rakan mereka di Batu 19 Jalan Labuk-Sandakan awal pagi kelmarin, masih dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Duchess of Kent.
Lans Koperal Asri Sabani, 39, berasal dari Johor bagaimanapun dilaporkan dalam keadaan stabil, manakala dua lagi anggota ditempatkan di wad biasa hospital sama.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rosli Mohd Isa mengesahkan semua anggota yang cedera masih menerima rawatan di hospital sama termasuk seorang daripada mereka ditempatkan di ICU.

Katanya, selain Asri, dua lagi anggota PGA yang parah dalam kemalangan itu ialah Lans Koperal Francis Joseph, 37, dan Lans Koperal Dixon Mamat, 28.

“Asri masih ditempatkan di wad ICU kerana keadaannya masih memerlukan pemerhatian rapi, tetapi stabil, manakala dua lagi rakannya semakin beransur pulih dan dirawat di wad biasa,” katanya.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi kelmarin, tujuh anggota PGA dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing selepas selesai menamatkan tugas kira-kira satu bulan di Pos Kawalan Sugut Beluran terbabit dalam kemalangan sehingga mengorbankan empat nyawa.

Mereka yang terbunuh adalah pemandu dikenali sebagai Lans Koperal Sapieh Jalhani, 32, Sarjan Hashamdi Abdullah, 52, Lans Koperal Agustine Lee, 31, dan Lans Koperal Sylvester Assin, 36.


P/S - Imbas kemalangan itu [klik]





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!