Sunday, October 3, 2010

36 maut dirempuh


JAKARTA 2 Okt. – Sekurang-kurangnya 36 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera selepas kereta api berlanggar di Petarukan Pemalang, Jawa Tengah awal pagi ini, kata pegawai bertugas dan saksi di tempat kejadian.

Insiden berlaku ketika kebanyakan penumpang sedang tidur di dalam sebuah kereta api yang berhenti di Stesen Petarukan Pemalang sebelum sebuah lagi kereta api dari Jakarta tiba-tiba melanggarnya pada pukul tiga pagi waktu Indonesia (pukul empat pagi waktu Malaysia), kata jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ryan.


Kata Bambang, satu siasatan terperinci sedang dilakukan bagi menyiasat punca berlakunya kemalangan itu.
“Ia mungkin berlaku akibat kesalahan mekanikal. Kami sedang menyiasat sama ada lampu isyarat kereta api yang sedang berhenti itu berfungsi atau tidak,” katanya lagi.

Akibat perlanggaran tersebut, kereta api yang terlibat remuk dan rosak teruk dan serpihannya bertebaran merata-rata di tempat kejadian.


Sehingga tengah hari semalam, hanya tinggal satu mayat yang masih terperangkap dan gagal dikeluarkan oleh pasukan penyelamat, kata seorang anggota penyelamat, Marsono.

Kesemua mayat mangsa dibawa ke beberapa hospital berdekatan, kata jurucakap Hospital Hasyim Ashari, Tri Yuniasari.


Dalam pada itu, Bambang memberitahu kejadian kereta api penumpang berlanggar turut berlaku di Solo pukul empat pagi (pukul lima pagi waktu Malaysia) dan jumlah kemalangan jiwa masih belum diperolehi.
Seorang pegawai di hospital Kasih Ibu berkata, sekurang-kurangnya seorang terbunuh dalam kejadian di Solo itu.


Indonesia yang mempunyai reputasi piawaian keselamatan dan penyelenggaraan yang lemah, sebelum ini telah beberapa kali ditimpa kejadian seperti kapal terbang terhempas, kemalangan kereta api dan feri yang menyebabkan beratus-ratus nyawa terkorban.











.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!