Friday, October 15, 2010

Balqis 'terbang'

NORIZAN menunjukkan batu permata dan seketul batu besar yang ditemui terjatuh di dalam rumahnya, semalam.

Penduduk jumpa tempat pengamal ilmu hitam

JERTIH: Sejak tengah hari kelmarin, keluarga gadis ghaib melalui kejadian menakutkan apabila menemui batu hitam seberat tiga kilogram di dapur, selain tujuh cubaan mengghaibkan semula Siti Balqis Mohd Nor, 22

Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata percubaan jin membawa keluar anaknya dari tingkap dapat digagalkan apabila seorang saudaranya nampak Siti Balqis ‘terbang’ ke arah tingkap sebelum memegang dan merentap kakinya.

“Kejadian ini membuatkan Siti Balqis agak letih hari ini (semalam) dan kami memintanya berehat,” kata Norizan ketika ditemui rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini.

Wartawan Berita Harian yang berada di rumah itu sejak jam 3 petang semalam berpeluang menyaksikan tiga batu berharga yang tiba-tiba jatuh dan mendapati ada imej pintu Kaabah di dalamnya dan yang lain ada yang tertera dalam tulisan jawi kalimah Allah, Muhammad dan satu berwajah manusia.

Orang ramai yang membaca akhbar ini mengenai penemuan batu bernilai berkenaan terus berpusu-pusu ke rumah itu untuk melihat sendiri batu berkenaan dan tidak ketinggalan mengambil gambar.

Sementara itu, Norizan berkata, selepas merujuk pegawai agama Yayasan Islam Terengganu (YIT), Fauzi Yusof dan penasihat agama ilmu ghaib, program Alam Ghaib TV3, Sharhan Shafie, menasihatkannya menyimpan batu berkenaan dalam bekas khas yang direndam dalam air zam zam.
Sementara itu, rahsia gua di kawasan perkelahan Bukit Keluang, dekat sini menjadi tempat pengamal ilmu hitam dan khurafat kini terbongkar.

Kehadiran bomoh dan kumpulan orang betapa itu disedari sekumpulan penduduk yang mencari Siti Balqis yang dipercayai dighaibkan dari rumahnya ke gua itu Sabtu lalu.

Penduduk yang mencari Siti Balqis, terkejut apabila terserempak dengan sekumpulan sembilan orang termasuk tiga wanita sedang betapa di dalam gua itu kira-kira jam 1 pagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali, yang turut serta bersama pasukan mencari gadis misteri itu turut terkejut kerana tempat berkenaan dipenuhi dengan peralatan pemujaan yang berselerak di dalam gua.

Sehubungan itu, Ramlan meminta Pejabat Agama Daerah Besut membuat pemantauan di kawasan perkelahan terkenal itu yang didakwa banyak gua dan mengambil tindakan menghapuskan kegiatan syirik dan khurafat di situ.






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!