KESAL...Chan (kiri) bersama Chong menunjukkan nota along dan laporan polis yang dibuatnya. |
KUALA LUMPUR: Seorang bapa yang bengang dengan tindakan anaknya yang tidak berubah perangai walaupun berhabis RM400,000 bagi membayar hutang along memutuskan hubungan keluarga dengan anak lelakinya itu kerana tidak mampu menanggung beban.
Chan Kwai Keong, 69, mendakwa sudah menjual rumah dan restoran selain wang simpanan habis selepas terpaksa menggunakannya demi membayar hutang anak lelakinya itu.
Beliau mendakwa anak sulungnya, David Chan, 34, mempunyai tabiat suka berhutang dan tidak mahu melunaskannya sehingga menjeratnya dan dua adiknya.
Beliau yang menetap di Jalan Klang Lama, di sini, terpaksa menyara kehidupannya dengan bekerja sebagai pembancuh kopi selepas kehilangan restorannya yang diusahakan tujuh tahun lalu. “Saya tidak peduli lagi mengenai David. Kini, saya seolah-olah kais pagi makan pagi untuk mencari sesuap nasi selepas semua harta saya habis tergadai untuk membayar hutangnya,” katanya ketika sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam.
Difahamkan, David tidak pulang ke rumah hampir dua minggu apabila sekumpulan along sering datang ke rumah mendesak membayar hutang RM30,000.
Kesal dengan tabiat anaknya itu, dia mendakwa tidak kisah walaupun anaknya dikurung along kerana enggan mempunyai apa-apa hubungan keluarga dengannya.
“Selasa lalu, sekumpulan along meninggalkan nota yang mendesak anak saya membayar hutang RM30,000. Jika gagal, mereka akan mengganggu kami sekeluarga. Selepas itu, rumah saya disimbah cat dan dibaling botol minuman keras,” katanya.
Beliau membuat laporan di balai polis berkenaan kerana bimbang keselamatan anak, menantu dan cucunya.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata pihaknya menerima aduan sebanyak 228 kes membabitkan along pada tahun ini dengan tiga daripadanya sudah memutuskan hubungan kekeluargaan.
P/S - Moralnya, jgn berjudi..jgn menyusahkan orang tua..
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment