Friday, October 1, 2010

Ella Takkan Sorok Soal Kahwin


Ratu rock negara, Norzila Aminuddin,44, atau Ella masih berdolak-dalik dan mengambil pendekatan paling selamat apabila diminta untuk mengulas mengenai gosip yang dia bakal menamatkan zaman bujangnya.
Menurut Ella, tiada apa yang perlu dirahsiakan daripada pengetahuan umum jika memang benar dia merancang untuk berkahwin.
"Tiada apa yang saya perlu saya sorokkan daripada orang ramai. Kalau betul ada perancangan ke arah itu (kahwin), mesti saya akan kongsikan dengan semua orang dan tiada apa yang perlu dirahsiakan.
"Masalahnya semua cerita yang timbul itu tidak berasas. Jika sebarang cerita tentang kahwin dan sebagainya bukan datang daripada mulut saya sendiri, perkara itu belum tentu benar," katanya.
Diusik mengenai status dirinya yang masih kekal bujang dan mudah mengundang pelbagai persepsi dan fitnah, Ella mengakui, walaupun kenyataan itu agak merimaskan dan menyulitkan kehidupannya, dia bagaimanapun selesa untuk bersikap optimis dalam menangani sebarang masalah yang timbul.
"Adakalanya memang susah juga apabila diri kita popular dan masih kekal bujang begini tapi ia bukanlah sesuatu yang buruk dan negatif. Bagi saya, jika sesuatu perkara atau cerita tentang kita itu tidak benar kita buat tidak tahu saja," katanya.
Menerusi laporan pada 10 Julai lalu [klik], salah seorang ahli keluarga penyanyi rock itu mengesahkan Ella telah membawa kekasihnya, Elan Hasyim Abd. Rahman, 28, untuk bertemu keluarganya di Klang, Selangor beberapa bulan lalu untuk mendapat restu sebelum berkahwin.
Terbaru, Ella bakal menyertai dua gergasi rock tanah air iaitu kumpulan Search dan Wings dalam konsert Red On Black pada 15 Oktober depan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!