erin malek |
Fiza juga dramatis dikatakan menjalin hubungan intim dengan bapa pelakon cilik berkenaan, Malek Marwi, 35, seorang jurukamera apabila mereka pernah bekerjasama menerusi drama bersiri, Syahjihan kira-kira empat bulan lalu. Erin turut berlakon menerusi drama rantaian yang pernah disiarkan menerusi TV3 itu.
Kemuncak kemarahan Farriq bermula apabila Fiza keluar rumah tanpa kebenarannya pada 17 September lalu untuk bersama `kekasih gelapnya' apabila mereka dipercayai bercuti ke dua destinasi popular - Pulau Langkawi dan Pulau Perhentian.
Fiza |
Menurut sumber rapat, Malek dikatakan meninggalkan isterinya, Harryzah Hassan atau Liza, 35, dan anak-anaknya selama beberapa hari tanpa khabar berita. Fiza pula rela meninggalkan dua puterinya, Ferra Aryanna, dua tahun lapan bulan dan Feeya, setahun empat bulan di rumah mentuanya dipercayai semata-mata untuk bersama Malek.
Pasangan itu dikatakan hanya pulang ke Kuala Lumpur pada 28 September lalu apabila memberikan alasan terbabit dengan penggambaran drama sepanjang tempoh ‘kehilangan’ mereka.
“Papa (Malek) dah balik. Kami sekeluarga dah bersatu. Papa juga mengakui kesilapannya. Namun, sepanjang tempoh ‘kehilangan’ papa, dia tidak memberitahu kami ke mana dia pergi dan bersama siapa. Papa hanya memaklumkan, dia tidak ke mana-mana. Erin kenal siapa papa, dia bukan seperti kita sangka sebelum ini.
“Bagi Erin, papa sekadar ‘terbabas’ bersama Fiza untuk sementara waktu saja. Sekarang dia sudah kembali ke pangkuan keluarga, tolong jangan ganggu papa Erin lagi! Berilah dia masa untuk berubah. Sebagai anak, Erin harus memberinya peluang memperbaiki kesilapan. Semua orang buat silap, begitu juga papa. Erin harap kali ini papa benar-benar berubah.
“Sekiranya perkara seumpama ini berlanjutan, ia pasti menjejaskan tumpuan Erin terhadap pelajaran dan karier. Erin ingin meluangkan lebih masa bersama papa supaya perkara sama tidak berulang. Erin sayang keluarga. Papa dan mama (Liza) dah kahwin 17 tahun, Erin tak mahu sesuatu yang buruk berlaku. Biarlah kebahagiaan mereka berkekalan selamanya,” kata Erin yang diminta mengulas ‘skandal’ Malek bersama Fiza sebelum ini.
Pada masa sama, Farriq mengakui, Fiza memang menjalin hubungan intim dengan Malek. Dia juga mempunyai bukti bergambar mengenai kecurangan Fiza bahawa isterinya itu pernah menjemput Malek di kediamannya di Pandan Mewah Heights pada 17 September lalu. Gara-gara kecurangan Fiza, Farriq mengaku sudah tidak tinggal sebumbung dengan isterinya itu kira-kira empat bulan lalu.
“Sudah banyak kali saya berjaya mengesan pergerakan mereka. Pada Ramadan lalu, kedua-duanya dilihat sering keluar bersama dan Fiza menghantar Malek pulang ke rumahnya sekitar jam 3 atau 4 pagi beberapa kali! Fiza pula sanggup jadi driver Malek sedangkan kereta itu saya bayar ansurannya untuk kemudahan dia bersama anak-anak, bukannya bersama Malek ke hulu ke hilir,” kata Farriq kepada B*POP.
Sementara itu, Pengetua Imam Muda, program realiti Astro Oasis, Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara, ketika diminta mengulas dakwaan Farriq ke atas Fiza, menyifatkan jika ia ternyata benar, aktres berkenaan sebagai nusyuz atau derhaka terhadap suaminya apabila seorang isteri keluar rumah tanpa restu suami dan hukumnya berdosa besar.
“Isteri tidak boleh keluar rumah dengan lelaki bukan muhrim. Apabila berlaku keadaan seperti itu, suami perlu bertindak mengikut al-Quran. Pertama, beri isteri nasihat dan sekiranya gagal, hendaklah diasingkan tempat tidur. Jika gagal juga, suami boleh memukul isteri, namun bukan mencederakannya, tetapi memberinya kesedaran. Pun begitu, sekiranya tiga kaedah itu gagal dilaksanakan, suami boleh ke Pejabat Agama dan melepaskan (cerai) isterinya sebab berlaku nusyuz.
Hassan Mahmud Al Hafiz |
“Suami tak boleh bersama isteri nusyuz. Sekiranya tidak dilepaskan, suami itu dayus! Apabila masih menyimpan isteri nusyuz, isteri buat dosa, suaminya turut menanggung dosa. Mengenai hak penjagaan anak, biar mahkamah tentukan. Kemukakan kepada mahkamah bukti isteri nusyuz. Suami perlu menyelamatkan anak-anak sekiranya terbukti isterinya nusyuz.
“Isteri derhaka juga tidak boleh menuntut harta sepencarian bersama suaminya. Nasihat saya kepada isteri sebegitu, bertaubatlah. Kepada suami pula apabila keluar rumah lebih empat bulan tanpa nafkah zahir dan batin, jangan gantung isteri tak bertali. Isteri boleh minta cerai di mahkamah,” kata Hassan.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment