Wednesday, October 27, 2010

Jenazah mirip Mbah Maridjan sedang sujud ditemui di bilik tidur rumahya


YOGYAKARTA: Mbah Maridjan, Jurukunci Merapi yang berkeras enggan meninggalkan gunung berapi berusia 400,000 tahun itu, dipercayai meninggal dunia dalam kejadian letusan gunung itu petang semalam.
Pihak berkuasa termasuk doktor percaya satu jenazah melecur yang ditemui dalam keadaan bersujud ke arah kiblat dalam bilik tidur di rumahnya di kaki gunung itu di Cangkringan daerah Sleman, adalah Mbah Maridjan, berusia 83 tahun.

Mereka bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu sehingga hasil ujian DNA diperolehi.

Menurut Dr Kresno Heru Nugroho dari Hospital Sardjito di sini, mayat berkenaan mempunyai ciri-ciri fizikal Mbah Maridjan, termasuk satu ibu jari tangannya yang bengkok, serta warna dan pakaian terakhir yang dikenakannya sebelum bencana itu petang semalam.

Beberapa hari sebelum ini Mbah Maridjan dilaporkan memberitahu saudara maranya bahawa beliau tidak akan meninggalkan gunung Merapi kerana memikul amanah sebagai Abdi Dalem Kraton Jogja (menghamba diri kepada Sultan Jogja) sebagai penjaga gunung itu.

Pasukan penyelamat malam tadi menemui 15 mayat di dalam dan luar rumah beliau yang melecur akibat suhu tinggi awan panas debu volkanik yang turun sebagai hujan abu dalam kejadian letusan Merapi petang semalam.


Satu daripada empat jenazah itu, yang ditemui dalam rumah Mbah Maridjan dikenal pasti sebagai wartawan portal berita vivanews.com berdasarkan dokumen pengenalan diri di mayat itu.

Mayat selebihnya ditemui bergelimpangan di halaman rumah jurukunci Merapi itu turut melecur.

Selain mereka, seorang bayi juga mati akibat hujan abu panas gunung merapi itu.

Puluhan ternakan lembu penduduk kampung di lereng gunung Merapi juga ditemui mati dalam kejadian berkenaan.

Sungguhpun sudah mengambil alih sebagai Jurukunci Merapi sejak awal tahun 1980-an, nama Mbah Maridjan hanya menjadi popular ketika bencana letusan Merapi 2006 ketika beliau enggan berpindah meninggalkan rumahnya dengan alasan belum mendapat perintah Sultan Jogja untuk meninggalkan gunung itu.

Ketika itu, katanya beliau menerima tugas sebagai Jurukunci Merapi dari Almarhum Sultan Hamengku Buwono IX dan belum ada perintah dari sultan sekarang untuk beliau pergi dari situ.

Padahal masa itu Sultan Hamengku Buwono X yang juga Gabenor Yogyakarta (anak Sultan Hamengku Buwono IX) sudah mengeluarkan perintah beliau berpindah namun Mbah Maridjan menganggap putera Sultan HB IX itu bukan raja, melainkan hanya seorang gabenor.





.

4 Penyokong CHELSEA:

Nurulchumel on October 27, 2010 at 8:49 PM said...

boleh sje..
senang je..lepas buat banner, u kena upload banner tersebut di photobucket.com..lepas tu baru u boleh ambil code tu apply dekat blog..untuk tutorial kotak untuk letak code, nnt i buat oke.sebaik2 nye, size banner adalah 125x125 untuk memudahkan bloggers lain ambil banner u oke.

Nora Shahaira on October 27, 2010 at 9:06 PM said...

ajal datang mcm2 rupa..

Nurulchumel on October 27, 2010 at 9:36 PM said...

oke.
ini untuk u..

http://nurulchumel.blogspot.com/2010/10/tutorial-untuk-letak-code-box-dalam.html

Lulu Caldina on October 27, 2010 at 11:14 PM said...

makasih nurul..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!