Friday, October 1, 2010

Siti Akui Jalani Rawatan Penyuburan


KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui melakukan kaedah rawatan penyuburan secara akupuntur bagi mendapatkan cahaya mata baru-baru ini.

Siti Nurhaliza berkata, kaedah rawatan tersebut dilakukan secara kebetulan ketika dia dan suaminya Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa bercuti di London sebelum menunaikan Umrah pada Ogos lalu.

"Saya akui ada buat rawatan penyuburan tetapi secara akupuntur dan meminum beberapa herba untuk penyuburan tetapi bukan menjalani rawatan persenyawaan tabung uji atau IVF (In Vitro Fertilisation) atau melalui permanian berhadas (IUI) seperti didakwa.

"Ia hanyalah kebetulan dan bukanlah dirancang kerana kami ke sana adalah sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan ke empat kami," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Siti Nurhaliza, Khamis.
Bagaimanapun, Siti mengaku dia sentiasa berusaha dan berdoa agar dikurniakan cahaya mata sebagai pengikat kasih perkahwinannya yang dibina pada 2007.


"Saya berserah kepada rezeki yang diberikan Allah, sebagai manusia saya sentiasa berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Namun begitu saya belum bersedia untuk melakukan rawatan secara serius seperti IVF dan IUI," katanya yang kini masih lagi bercuti dari sebarang kegiatan seninya.
Dalam pada itu, Siti juga menafikan kehamilannya punca dia membatalkan konsert Semangat Hari Malaysia yang dijadualkan pada 25 September lalu.

"Ia adalah berikutan masalah kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Saya dinasihatkan agar tidak terlalu banyak bergerak terutamanya melakukan konsert.
"Alhamdulilah pihak kerajaan negeri dan peminat-peminat saya memahami perkara ini dan sentiasa memberi sokongan kepada saya," katanya.


P/S - Tgk siti susah nak dpt anak.. Ada org senang jer tapi tak hargai..buang ikut suka hati..





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!