Wednesday, October 27, 2010

Terkini : Letusan Gunung Merapi

Bayi korban pertama Gunung Merapi


Seorang bayi berusia dua bulan menjadi korban pertama Gunung Merapi, manakala 20 lagi cedera apabila gunung itu mula meletus hari ini selepas para saintis memberi amaran tekanan yang semakin meningkat di bawah kubah lahar gunung itu boleh mencetuskan letusan paling berbahaya dalam tempoh beberapa tahun.
Bayi itu yang tidak diketahui jantinanya mati semasa didukung ibunya ketika orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri sewaktu gunung itu mula meletus.
Stesen televisyen swasta, Metro TV melaporkan, mayat bayi itu telah dihantar ke hospital berdekatan.
Kebanyakan yang cedera adalah akibat terkena debu panas yang dihamburkan oleh Gunung Merapi, termasuk enam melecur teruk, kata seorang wartawan AP, yang menyaksikan penduduk yang cedera dibawa keluar dari kawasan ini untuk mendapatkan rawatan.
Ketua ahli vulkanologi, Subandriyo berkata, letusan itu berlaku sebelum waktu senja.
Gunung itu sebelum itu telah mengeluarkan bunyi menderam dan asap tebal selama beberapa jam, katanya.
"Berlaku bunyi deraman yang kuat selama beberapa ketika, mungkin selama 15 minit.
"Kemudian kepulan debu panas besar mula dihamburkan ke udara," kata seorang petani yang masih belum meninggalkan rumahnya di kawasan cerun gunung berapi itu ketika ia meletus.
"Tenaganya meningkat...kami berharap ia akan reda perlahan-lahan.
"Jika tidak kita akan melihat satu letusan yang besar, lebih besar daripada apa yang kita lihat semasa ia meletus beberapa tahun lalu," kata ahli vulkanologi kerajaan, Surono kepada wartawan.
Kira-kira 11,400 penduduk yang tinggal berhampiran gunung berapi itu telah digesa untuk berpindah.
Namun, kebanyakan mereka yang berbuat demikian hanyalah warga tua dan kanak-kanak, sementara orang dewasa cenderung untuk tidak meninggalkan rumah dan tanaman mereka di kawasan cerun itu

Penduduk dekat gunung cedera kena debu panas


Gunung berapi yang menunjukkan tanda meletus kuat akhirnya memuntahkan debu panas semalam menyebabkan 20 penduduk cedera.

Saintis memberi amaran bahawa tekanan yang terkumpul dalam kawah mungkin menyebabkan letusan terkuat dalam tempoh beberapa dekad lalu.
Seorang wartawan AP menyaksikan sehingga 20 orang menerima rawatan akibat kecederaan mereka.

Subandriyo, ketua pakar gunung berapi di kawasan itu berkata, Gunung Merapi mula meletus jam 5.02 petang waktu tempatan diikuti, kedua pada jam 5.19 petang waktu tempatan dan ketiga jam 5.34 waktu tempatan. Ia menggelodak dan mengaum selama beberapa jam.

“Bunyi kuat di gunung itu berlaku agak lama, mungkin 15 minit. Selepas itu, kepulan debu panas mula melonjak ke udara,” kata Sukamto, petani yang belum meninggalkan kediamannya di lereng gunung berkenaan.


Saintis memberi amaran tekanan yang terbina di bawah kawah lahar merapi mungkin mencetuskan letupan paling berkuasa sejak beberapa tahun lalu.
“Kekuatan tekanan semakin meningkat. Kami harap ia dapat dilepaskan perlahan-lahan. Jika tidak, letusan kali ini mungkin paling kuat sejak bertahun-tahun lalu,” kata pakar gunung berapi, Surono.

Ribuan penduduk di cerun gunung sudah dipindahkan. Namun, kebanyakan yang berpindah ialah orang tua dan kanak-kanak sementara dewasa tinggal untuk menjaga rumah dan ladang.

Pada 2006, muntahan gas dan batu panas di lereng gunung Merapi menyebabkan dua kematian. Letusan pada 1994 pula membunuh 60 orang manakala 1,300 terkorban dalam letusan pada 1930.

Agensi berita Antara melaporkan, dua mangsa debu panas sudah dirawat di Rumah Sakit Panti Nugroho, Pakem.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!