KAKITANGAN lebuh raya melihat keadaan kenderaan yang rosak teruk selepas terbabit dalam kemalangan di KM33.3 Lebuhraya Karak menuju Kuala Lumpur pada jam 10 pagi tadi. Pemilik kenderaan itu, Leo Ah Fatt, 58, yang berasal dari Muar maut dalam kejadian itu. |
KUALA LUMPUR: Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandunya melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 33.3 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur, pagi ini.
Leo Ah Fatt, 58, yang berasal dari Muar, Johor, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.
Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Inspektor Abdul Rahim Eliyes, berkata nahas jam 10 pagi itu berlaku apabila Mercedez E280 yang dipandu Leo melanggar belakang lori 10 tan yang membawa muatan surat khabar lama.
"Selepas rempuhan kuat itu, kereta Leo merempuh pula penghadang jalan di sebelah kiri," katanya.
Abdul Rahim berkata, polis tidak menolak kemungkinan kereta itu dipandu laju kerana ia berlaku di selekoh yang menuruni lebuh raya itu.
P/S - Korang ada tak memandu dgn laju dan membahayakan diri dan orang lain? Inilah masanya berubah apatah lagi dengan berita kemalangan ngeri 10.10.10 dan berita ni..semuanya kerana laju..Anda/kita mampu mengubahnya....
.
1 Penyokong CHELSEA:
Mengerunkan, pasni mesti ramai yg berhati2 bawa kenderaan ,lebih2 lagi lalu sebelah bas..huhu
Post a Comment