Tuesday, October 12, 2010

Wook lega suami bebas dadah


HULU TERENGGANU - Tiada hari paling bermakna buat Wook Kundur, 108, melainkan dapat bertemu semula dengan suaminya, Mohd. Nor Musa, 38, yang dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mengambil dadah.

Wook yang dipercayai wanita tertua di Terengganu turut melahirkan rasa syukur kerana wang jaminan sebanyak RM2,000 yang dikeluarkan untuk menjamin suaminya sebelum ini telah dikembalikan kepadanya.
"Tok tidak pernah memusuhi Mohd. Nor kerana Tok tahu dia tidak bersalah.

"Tok juga sangat bersyukur kerana dapat semula wang jaminan RM2,000 yang boleh digunakan untuk perbelanjaan kami berdua selepas ini," katanya semalam.

Dalam keputusan semalam, Mahkamah Majistret membebaskan Mohd. Nor selepas didapati tidak bersalah menggunakan dadah ketika ditahan dalam satu operasi polis di Kampung Pasir Tinggi dekat sini kira-kira pukul 10.30 pagi pada 12 Ogos lalu.


P/S - Tolong lah jangan buat lagi (ambil dadah)..






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!