BEKAS pasangan kekasih Acha Septriasa dan Irwansyah akan beraksi dalam sebuah filem cinta berjudul Love Story yang bakal ditayangkan tahun hadapan.
“Filem ini adalah versi filem Heart tapi telah diperbaharui agar ia bersesuaian untuk tahun 2011. Kepada mereka yang tidak berpeluang menonton versi lalu bolehlah menonton filem ini tahun hadapan,” ujar Acha.
Acha ditemui ketika tayangan perdana filem Heart 2 Heart bersama kekasih barunya, manakala Irwansyah turut hadir bersama pasangannya, Zaskia Sungkar.
“Kami berterima kasih dengan filem Heart yang menaikkan nama kami berdua. Walaupun kami sudah berpisah tapi kami saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.
Menurut Acha, dia tidak kekok lagi untuk berlakon dengan Irwansyah walaupun mereka bukan pasangan kekasih lagi kerana kedua-dua mereka sudah boleh menerima hakikat perpisahan itu.
Malah Acha juga sering kali meminta pendapat Irwansyah mengenai sesuatu babak yang bakal mereka lakonkan bersama.
“Saya sering bertemu dia dan berlakon bersama, jadi kami sudah jadi seperti rakan dan tiada lagi perasaan sakit hati seperti awal-awal dahulu,” katanya.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment