LONDON: Jelas sekali faktor bimbang sudah mula mengamit minda Carlo Ancelotti apabila nama pengurus Barcelona, Pep Guardiola mula dikaitkan sebagai calon bakal menggantikannya di Stamford Bridge.
Pengendali Chelsea berbangsa Itali itu sebaliknya berkata dia adalah orang paling terakhir yang akan mendengar perkhabaran seperti itu sama ada jurulatih dari Sepanyol itu bakal mengisi jawatannya selepas musim Liga Perdana Inggeris berakhir.
“Saya mendengar mengenai Pep Guardiola, secara ikhlas,” kata Ancelotti. “Tapi anda tidak perlu bertanyakan saya. Jurulatih adalah orang paling terakhir untuk tahu perkara seperti ini. Jangan tanya saya.”
Dia kini makin tertekan selepas Chelsea mensia-siakan peluang untuk memanjat semula ke persada liga selepas hanya mampu seri 1-1 ketika menentang Newcastle, kelmarin.
Walaupun, juara liga itu pantas menafikan laporan akhbar bahawa pemilik kelab, Roman Abramovich sudah bersedia untuk menawarkan kontrak kepada Guardiola, pencapaian hambar Chelsea sekadar memberi gambaran jelas betapa tiada apa yang berjalan lancar ketika ini di Stamford Bridge.
Tambah perit, skuad bergelar The Blues itu terpaksa pulang ke London naik bas selepas penerbangan dari Newcastle dibatalkan gara-gara salji.
Sementara itu, pengarah sukan kelab, Frank Arnesen akan meninggalkan Chelsea akhir, musim ini mengikut jejak langkah penolong jurulatih, Ray Wilkins yang dipecat dua minggu lalu.
.
1 Penyokong CHELSEA:
xpe2, nanti chelsea da up nanti senyap la cite ni...ok pe tektikal dia..
Post a Comment