Thursday, November 18, 2010

Chelsea berdepan krisis



Chelsea bakal berdepan krisis di posisi pertahanan selepas Alex disahkan mengalami kecederaan lutut kelmarin.

Selain Alex yang juga pemain pertahanan Brazil itu, skuad The Blues turut kehilangan beberapa pemain utama di bahagian pertahanan termasuk John Terry yang mengalami kecederaan kaki.
Ketiadaan Alex dan Terry memberi kesan yang besar kepada Chelsea terutamanya selepas mereka tewas mengejut 0-3 kepada Sunderland pada aksi Liga Perdana England di gelanggang sendiri, Ahad lalu.

Pada perlawanan itu, pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti memberi kepercayaan kepada Branislav Ivanovic dan Paulo Ferreira untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan itu.
Selepas perpindahan Ricardo Carvalho ke Real Madrid, Chelsea terpaksa meletakkan harapan kepada Ivanovic, Ferreira dan pemain remaja, Jeffrey Bruma untuk mengharungi baki saingan musim ini.

"Alex tidak akan beraksi untuk Brazil pada aksi persahabatan menentang Argentina minggu ini dan dia akan menjalani pembedahan lutut," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu.

"Pemain pertahanan itu terlepas aksi menentang Fulham dan Sunderland kerana kecederaan itu tetapi dia tetap menyertai skuad kebangsaan itu di Qatar awal pagi semalam.

"Merujuk pada diagnosis yang dilakukan pasukan perubatan Chelsea, doktor skuad kebangsaan Brazil bersetuju untuk melakukan pembedahan pada lutut kanannya.
"Pembedahan itu akan dilakukan dalam tempoh beberapa hari lagi dan dia dijangka akan berehat selama enam hingga lapan minggu."




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!