Friday, November 19, 2010

Elyana Sah Bergelar Isteri Khairul Anuar


Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon Erneelya Elyana Emrizal, 23, atau Elyana selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Khairul Anuar Husin, 36, di Duchess Place, Jalan Ampang, di sini, Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri Emrizal Shamsuddin sambil disaksikan Imam Masjid Datuk Keramat, Azizan Othman pada pukul 9.40 malam, Jumaat.

Pasangan pengantin tiba pada pukul 9.15 malam dengan diiringi sebanyak tujuh dulang hantaran bagi pihak lelaki dan tujuh dulang juga dibalas pihak perempuan.


Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran sebanyak RM22,000.
Majlis pernikahan yang berkonsepkan senibina Islam ini menggunakan khidmat Arma Wedding Couture dan Ary Wedding Couture bagi melakar pelamin ratu sehari mereka.

Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian berwarna biru firus rekaan pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat, manakala solekan dan dandanan oleh Saidatulnisa Aminuddin.
Majlis pernikahan itu dihadiri lebih 200 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga dan sanak saudara terdekat mempelai.


Majlis persandingan akan diadakan pada hari Sabtu pukul 12 tengah hari untuk jemputan keluarga dan 8 malam bagi jemputan media dan rakan-taulan.



.

1 Penyokong CHELSEA:

giha lalala on November 20, 2010 at 11:13 AM said...

blog cik lulu ni tak ubah mcm surat khabar online. hehehe
teruskan.. senang tak payah beli surat khabr. hehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!