TIADA tempat paling sesuai selain sebuah kabin terpencil di Kenya untuk seorang putera melamar seorang wanita menjadi isterinya.
Itu yang berlaku pada Putera William.
Beliau melamar Kate Middleton ketika mereka singgah di sebuah kabin kayu sederhana di Rutundu dalam percutian mereka di Kenya tidak lama dulu.
Berbeza dengan kemewahan hidup di istana, kabin itu tidak mempunyai bekalan elektrik dan setiap pengunjung yang datang dinasihatkan membawa makanan dan minuman sendiri.
Kabin Rutundu |
Namun, keadaan persekitaran yang ringkas tidak menghalang William menyarungkan cincin pertunangan bertatah nilam dan berlian ke jari kekasihnya.
Lamaran itu dibuat ketika mereka bersantai di beranda kabin itu, lapor akhbar The Sun.
Kawasan peranginan Rutundu yang boleh dikunjungi dengan pesawat, menunggang kuda atau berjalan sejauh 15 kilometer dari jalan raya berhampiran, menjadi tempat persendirian yang digemari William sejak mengunjunginya kali pertama, dua tahun lalu.
Bilik tidur |
Satu sumber berkata: “Selain tempat tinggal di pangkalan tentera udara di Hereford, kawasan peranginan Rutundu menjadi tempat paling aman dan selamat bagi William.
“Ia satu tempat di mana beliau bebas tanpa terikat dengan tanggungjawab dan beliau tidak perlu dikawal kerana kehidupan hutan di situ menjadi penjaganya.”
Pasangan itu juga dikatakan mempertimbangkan untuk berbulan madu di situ.
Ruang makan |
Ketika meninggalkan kawasan peranginan itu pada 21 Oktober lalu, pasangan bahagia itu menandatangani buku tetamu dan William menulis: ‘Amat seronok dapat kembali ke sini! Terima kasih, kami dilayan dengan baik...kami berharap dapat kembali lagi secepat mungkin’
Sementara itu, Kate menyifatkan percutian mereka di kawasan peranginan itu amat romantik.
Minggu lalu, William dan Kate diwawancara pengacara ITV, Tom Bradby mengenai lamaran yang membawa kepada pertunangan merekaWilliam berkata: “Kami sudah berbincang untuk berkahwin sejak beberapa waktu jadi ia bukan satu kejutan. Saya membawa Kate ke tempat yang indah di Kenya lalu melamarnya di sana.”
Bilik mandi |
Kate pula menambah: “Ia sangat romantik, memang keadaan di situ cukup romantik. Saya tidak menjangka akan dilamar William di sana. Kerana itu saya benar-benar terperanjat. Tetapi ia sungguh menyeronokkan.”
William juga mendedahkan beliau membawa cincin tunang milik ibunya, Puteri Diana yang bernilai STG28,500 (RM142,500) dalam beg sandangnya ke mana saja beliau pergi sepanjang tempoh tiga minggu percutian mereka.
William berkata: “Saya tidak mahu meninggalkan cincin itu. Saya membawanya ke mana saja saya pergi kerana jika ia hilang saya akan mendapat masalah dan disebabkan saya sudah membuat perancangan, maka semuanya berjalan lancar.
“Kita dengar banyak cerita menakutkan ketika membuat lamaran apabila keadaan berubah menjadi buruk tetapi saya gembira ia berjalan lancar. Saya juga amat gembira Kate menjawab ‘Ya,’ ketika saya melamarnya.”
“Saya memberi Kate cincin tunang ibu kerana beliau tidak ada lagi untuk turut berkongsi kegembiraan ini, Ia cara saya untuk memastikan beliau tetap menjadi sebahagian daripada kegembiraan saya.”
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment