Monday, November 8, 2010

Majlis Hari Jadi Anak Linda-Que Ibarat Kenduri Kahwin


Majlis ulang tahun Tengku Ratu Haidar, anak pasangan artis Linda Jasmine dan Que Haidar disambut meriah.
Bertemakan Little Miss Sunshine, majlis serba-serbi berwarna kuning dan putih itu diadakan di rumah ibu bapa Linda di Enau Court, di sini, Sabtu.

Pada 26 Oktober lalu, genap setahun umur Ratu yang turut menyarungkan gaun comel dan riben berwarna kuning.
Hampir 100 tetamu yang hadir termasuklah selebriti Sofea Jane, Sharifah Shahira, Jeslina Hashim, Ekin dan Mawi.

“Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan meriah bermula pukul 4 petang sehingga ke malam. Rasa macam kenduri kahwin pula cuma pengantin lelakinya tiada,” kata Linda.

Selain dihidangkan dengan jamuan makan, tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan permainan melibatkan kanak-kanak.



“Mereka berpeluang menunjukkan kreativiti masing-masing dengan menghias kertas berbentuk matahari. Selain itu, kita turut membuat pertandingan pakaian dan topi tercantik.

“Bukan itu sahaja, kanak-kanak diajak bermain permainan mengetuk sebuah kotak berbentuk matahari yang digantung. Dalam kotak itu, terdapat gula-gula berwarna kuning. Kami juga menjemput seorang badut wanita untuk menghiburkan kanak-kanak,” ujarnya lagi.


P/S - Mawi & Ekin bila lagi...




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!