Wednesday, November 17, 2010

Seorang maut, dua parah dalam kemalangan babitkan tiga kenderaan di Kinabatangan


KINABATANGAN: Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 68, Jalan Sandakan-Lahad Datu dekat sini hari ini.
Kesemua mangsa ialah pemandu ketiga-tiga kereta dan wanita yang maut dikenali sebagai Nursia Yusof, 24.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Superintendan Jaini Abdul Kadir berkata, Nursia, yang berasal dari Tawau, meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata, kemalangan 10.50 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Nursia dalam perjalanan dari Kinabatangan ke Sandakan, bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.

Akibat pertembungan itu, kenderaan Nursia berpusing ke kiri jalan sebelum dirempuh sebuah kereta lain dari arah Kinabatangan, katanya ketika dihubungi.

Jaini berkat,a kedua-dua pemandu kereta yang cedera parah dihantar ke Hospital Daerah Kinabatangan dan berada dalam keadaan stabil, manakala jenazah Nursia dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya.





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!