Menurut Siti Nurhaliza, beliau sudah menyatakan hasrat itu kepada Ahli Jawatankuasa ABP 2010 dalam perjumpaan yang diadakan baru-baru ini dan mereka bersetuju menerima penarikan diri beliau.
"Beberapa minggu lalu saya berjumpa dengan penganjur untuk memaklumkannya.
"Alhamdulillah setelah berbincang, mereka setuju untuk tidak mencalonkan nama saya dalam sebarang kategori dalam anugerah itu," katanya yang turut hadir selaku tetamu khas bagi merasmikan laman web ABP 2010 pada majlis itu.
Bagaimanapun, beliau menafikan tujuannya berundur adalah untuk melihat kredibiliti artis lain yang boleh menggantikan tempatnya selaku penyanyi popular di Malaysia.
Sebaliknya kata Siti, sepanjang 15 tahun bergelar anak seni, pelbagai pengiktirafan sudah diterimanya.
"Cukuplah dengan kejayaan itu dan saya bersyukur atas penghargaan yang diberikan selama ini.
"Kini tiba masanya saya hadir pada majlis itu sebagai penonton yang sentiasa memberi sokongan dalam memartabatkan industri hiburan tempatan," ujarnya yang pernah mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular selama 14 tahun berturut-turut.
Sementara itu, pada majlis sama turut diumumkan lokasi, tema dan senarai awal calon yang bakal bersaing merebut trofi bagi 16 kategori dipertandingkan.
Acara yang bakal berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands itu bertemakan moden dan klasik.
.
2 Penyokong CHELSEA:
Btul tu, Dato CT tarik diri sebab dah banyak anugerah dah diterima spjg bergelar anak seni especialy dalam ABP, so kali nie bg peluang pd artis lain yg layak..
ye myra..
respek betul dengan dia ni..
Post a Comment