Thursday, December 9, 2010

Doktor terkenal mati dibunuh


Penduduk di sini gempar apabila seorang doktor terkenal di daerah ini ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya terikat di rumahnya di Taman Bunga Tulip di sini hari ini.
Dr. Lim Tow Kiat, 49, yang bertugas di sebuah klinik swasta terkenal di sini dipercayai dibunuh kira-kira lapan jam sebelum mayatnya ditemui oleh rakannya yang kemudian menghubungi polis.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, dipercayai akibat dipukul dengan objek tajam.

"Kita percaya mangsa dibunuh oleh orang yang dikenalinya. Ini kerana kita dapati tiada kesan masuk ke dalam rumah secara paksa pada pagar atau pintu rumah mangsa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Ibrahim berkata, ketika ditemui, mayat mangsa berada dalam keadaan terbaring dengan tangan dan kakinya terikat longgar.
Menurutnya, polis percaya mangsa dibunuh lebih kurang lapan jam sebelum mayatnya ditemui memandangkan keadaan darahnya yang sudah kering.

Setakat ini, kata beliau, pembunuhan tersebut dipercayai bermotif dendam dan salah faham antara mangsa dan suspek.

Polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar dan jumlah suspek yang terlibat.

Katanya, kamera litar tertutup di rumah mangsa juga akan diteliti oleh pihak polis dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ibrahim turut meminta masyarakat di daerah ini supaya tidak panik kerana kes ini tidak mempunyai kaitan dengan beberapa kes rompak dan ikat yang berlaku sebelum ini.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!