Friday, December 17, 2010

Dua peragut disorong ke balai polis


Suspek cedera dibelasah orang ramai, tersenarai penjenayah paling dikehendaki

SIBU: Dua peragut yang cedera dibelasah orang awam diangkat dengan kereta sorong di tengah bandar ini ke balai polis, semalam.

Mereka yang berusia 31 dan 43 tahun disenaraikan orang paling dikehendaki polis Sibu mengalami kecederaan termasuk seorang patah kaki selepas dibelasah orang ramai yang menahan mereka di Jalan Market di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata polis terpaksa meminjam kereta sorong daripada pekedai di Pasar Central Sibu, untuk membawa dua suspek berikutan keadaan jalan yang agak sesak.

Beliau berkata, dua suspek itu berjaya ditahan orang ramai selepas mereka meragut seorang wanita berusia 60-an di Pasar Central di sini, kira-kira jam 10.45 pagi semalam.

“Mangsa bersama suaminya sedang berjalan di Pasar Central tiba-tiba dihampiri dua lelaki bermotosikal dan salah seorang suspek meragut rantai leher mangsa.

“Suami mangsa sempat memegang tangan salah seorang suspek dan berlaku tarik menarik sehingga menyebabkan motosikal dinaiki kedua-dua suspek tumbang,” katanya.

Shafie berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu kemudian datang membantu untuk memberkas dua suspek berkenaan yang kemudiannya diserahkan kepada anggota polis yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian.

Shafie berkata, kedua-dua suspek akan didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan polis juga meneliti tindakan lebih berat mengikut langkah-langkah pencegahan khas.

Sementara itu, Shafie merayu orang ramai supaya mengembalikan jam tangan berjenama Rolex milik seorang lelaki yang tercicir ketika bergelut dengan dua penjenayah terbabit.




.

1 Penyokong CHELSEA:

Hamba Allah on December 18, 2010 at 9:18 AM said...

wahh.. bgusnya laki dia.. nk cari laki mcm suami dia la... selamat

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!