Wednesday, December 8, 2010

Farah Diana Tak Rasa Tersisih Selepas Bertudung


Membuat keputusan untuk memakai tudung pada Julai lalu tidak membuahkan perasaan negatif kepada penyanyi Farah Diana Anuar, 25.
Malah dia semakin selesa dengan penghijrahan tersebut. Tidak pernah terlintas perasaan akan disisihkan atau timbul persoalan diskriminasi.

“Saya rasa ‘ok’ dan tidak perlu bimbang setelah memakai tudung dalam industri seni ini. Setakat ini, saya rasa alhamdulillah, semuanya berjalan dengan mudah dan baik,” kata Farah.
Farah akui, kebanyakan fesyen yang diperagakan kini perlu bersesuaian dengan imej muslimah. Jadi, dia menjadikan buku dan Internet untuk mencari imej yang sesuai.

“Saya tahu, apabila bertudung saya perlu menjaga imej dengan baik. Jadi, saya perlu memikirkan batasan dalam berpakaian. Saya rasa tiada masalah kerana sebelum ini saya tidak pernah memakai pakaian seksi dan terdedah.
“Alhamdulillah, ada juga pihak penaja seperti butik muslimah Hajaba yang ingin menaja pakaian saya,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua ini terfikirkan banyak idea untuk stail bertudung selepas ini.

“Saya sedang merancang untuk bekerjasama dengan mana-mana pereka fesyen untuk menghasilkan tudung saya.

“Setakat ini, saya belum berjumpa dengan pereka fesyen yang secocok untuk bekerjasama. Mungkin saya akan mencuba Qudyn,” kata pengacara program Rasa Halal Orient di Astro Oasis ini.

Penyanyi lagu Tangisan Dalam Kerinduan dan Antara Dua ini telah mengembara ke Kemboja, Hong Kong dan Taiwan untuk menjayakan penggambaran program tersebut.
Kini, program ini bakal memasuki musim kelima dan kemungkinan akan menonjolkan budaya masyarakat Islam di Vietnam pula.

Menyentuh tentang perkembangan lain, Farah turut akan mengacara sebuah program televisyen di TV Al-Hijrah dan mengendalikan program Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Sekali-sekala pada hujung minggu, dia akan sibuk dengan persembahan nyanyian dan merangka single terbaru.



.

5 Penyokong CHELSEA:

Ayuni on December 8, 2010 at 4:19 PM said...

Alhamdullillah.....

luna qiszara on December 8, 2010 at 8:29 PM said...

cantik nya farah da bertudung..hehe

Syafiq Rosli on December 8, 2010 at 10:03 PM said...

all da best fara

tomatokering on December 8, 2010 at 11:02 PM said...

alhamdulillah la kalau betul2 nak betudung ;)

Akmall Razlan on March 4, 2011 at 1:25 PM said...

comel kan dia bertudung...ye lah..bukn apa..sebelum ni ada je yg kawin bertudung..pastu biler bercerai tudung pun bercerai dari badan...pastu bile berkawin balik..tudung pun berkawin dengan Puan tu..muhuhu...sapa makn cili dia terasa pedasnya....(fffuuhh..hot2!!!!)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!