Thursday, December 16, 2010

Ibu saman McDonald's kerana Happy Meals


LOS ANGELES: Ibu dua anak dari California mengemukakan saman bersama terhadap McDonald’s yang mendakwa permainan yang diberikan bersama Happy Meals secara tidak adil mengumpan kanak-kanak mengambil makanan tidak sihat.

Monet Parham mengetuai saman yang disokong Center for Science in the Public Interest (CSPI) bagi menghentikan tindakan gergasi makanan segera itu menggunakan permainan untuk pemasaran mensasarkan kanak-kanak secara langsung.

Menurut CSPI, pemasaran seperti itu mempergunakan kanak-kanak secara tidak sah.
Parham berkata, sebab utama anak perempuannya Maya, 6, mahu ke McDonald's ialah untuk mendapatkan permainan berasaskan watak Barbie, i-Carly, Shrek, or Strawberry Shortcake.

“Saya bimbang mengenai kesihatan anak saya dan merasakan McDonald’s hanya patut menjadi sebahagian kecil daripada permakanan dan pengalaman zaman kanak-kanak mereka," katanya.


P/S - Ekeke..rasa mcm nak saman kepsi jugak..chicky mealnya best sebab ada game free...ngee....



.

1 Penyokong CHELSEA:

Syafiq Rosli on December 16, 2010 at 10:24 PM said...

haish..kadang2 btul jgk kn

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!