Wednesday, December 15, 2010

Mayat Lelaki Dijumpai Terapung Di Terusan


JITRA: Mayat seorang lelaki berpakaian lengkap ditemui terapung di Terusan Utara di kampung Kemunting di sini, oleh seorang pemancing kira-kira 9.30 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Sawaluddin Hamenuddin berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan mayat berkenaan.

"Mayat tersebut ialah lelaki berusia dalam lingkungan 30-an, berbadan gempal dan dipercayai berbangsa Melayu. Tiada sebarang kesan cedera pada badan mayat dan tiada sebarang pengenalan diri dijumpai pada mayat tersebut," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata mayat itu dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat dan orang ramai yang kehilangan anggota keluarga diminta menghubungi balai polis berhampiran.

Sementara itu, Borhan Nordin Abdul Halim, 34, yang menemui mayat tersebut berkata, pada mulanya beliau menyangka objek terapung tersebut tilam, namun seorang penduduk yang kebetulan lalu di kawasan berhampiran memberitahu bahawa ia adalah mayat.

Beliau kemudian menarik mayat itu ke tebing menggunakan mata kail pancingnya.








.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!