Thursday, December 16, 2010

Ngeri..19 cedera dan 4 terbunuh



Empat maut, 19 cedera bas jatuh gaung 

Empat anggota Jabatan Penjara disahkan terbunuh manakala 19 lagi cedera selepas bas yang mereka naiki terhumban ke dalam gaung setinggi 100 meter di kilometer 30 Jalan Kota Kinabalu - Keningau dekat Kampung Moyog di sini hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 10.30 pagi, bas berkenaan dipercayai mengalami kerosakan brek sebelum terbabas ke dalam gaung ketika menuruni bukit.
Kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Keningau ke Tawau selepas menghadiri perlawanan bola sepak anjuran jabatan berkenaan.


-UPDATE-

4 kakitangan penjara maut dikenal pasti

Empat kakitangan Penjara Tawau terbunuh dalam satu kemalangan apabila bas kepunyaan jabatan itu terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Kampung Moyog dekat sini dikenal pasti.

Mengikut senarai yang dipamerkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, mereka yang terbunuh adalah Madinh Alhmdullah, Selamat Idris, Muslimin Muhammad dan Sabirin Murad.

Mereka merupakan antara 25 penumpang bas itu yang sedang dalam perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu selepas menyertai kejohanan bolasepak Piala Pengarah Penjara Sabah di Keningau.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!