Wednesday, December 8, 2010

Pelajar kolej swasta terbunuh kereta langgar tiang lampu


PUTRAJAYA: Seorang pelajar kolej swasta di Sunway, Selangor yang dalam perjalanan pulang selepas selesai syif malam kerja sambilan, maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar tiang lampu di susur keluar dari Cyberjaya ke pekan Dengkil dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun itu difahamkan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Dengkil.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala manakala kenderaan yang dinaikinya hampir terputus dua akibat melanggar tiang lampu.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, yang mengesahkan kejadian itu, berkata siasatan awal mendapati kereta mangsa hilang kawalan apabila tiba di tempat kejadian, sebelum terbabas ke dalam longkang dan melanggar tiang lampu jalan.

“Kami percaya mangsa letih dan mengantuk selepas bekerja sepanjang malam sebelum pulang ke rumahnya di Dengkil,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.



P/S - Mesti laju ni..






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!