IPOH – Kegembiraan seorang remaja yang sedang minum bersama dua rakannya berkecai apabila dia mati selepas terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh dua lelaki bersenjatakan sepucuk pistol di Taman Bertuah, Kampung Tawas di sini kelmarin.
Kejadian pukul 6.30 petang itu mengakibatkan M. Regan, 17, mati selepas terkena satu das tembakan di kepala manakala dua lagi di dada oleh suspek yang menaiki sebuah motosikal itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, sebaik menghampiri mangsa, salah seorang suspek terus mengeluarkan pistol lalu melepaskan tembakan ke arahnya.
“Tembakan jarak dekat itu mengenai kepala dan dada mangsa menyebabkan dia mati di lokasi kejadian.
“Semakan mendapati mangsa seorang penganggur dan pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan menyamun,” katanya yang memberitahu polis masih menyiasat motif kejadian.
Tambahnya, polis sedang giat memburu suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment