Saturday, December 18, 2010

Roman Abramovich tanding kerusi parlimen di Rusia



MOSCOW - Pemilik kelab bola sepak Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris, Roman Abramovich berhasrat untuk bertanding kerusi parlimen di wilayah Chukotka, lapor agensi berita Interfax semalam.

Abramovich, 44, yang merupakan lelaki keempat terkaya di Rusia dengan anggaran kekayaan AS$11.2 bilion (RM35.14 bilion) oleh majalah Forbes telah menjadi ahli parlimen di daerah Selat Bering sejak 10 tahun lalu.

"Dia (Abramovich) mengemukakan dokumen itu (bertanding kerusi parlimen)," lapor Interfax yang memetik seorang pengerusi suruhanjaya tempatan sebagai berkata.

Abramovich mewakili wilayah itu dalam Dewan Rendah Parlimen dari 2001 hingga 2008 dan dia kini berkhidmat sebagai pengerusi di peringkat tempatan.

Dia menjadi kaya dengan berdagang minyak selepas Kesatuan Soviet berpecah menjadi Rusia.



.

1 Penyokong CHELSEA:

ewanthology on December 18, 2010 at 11:19 PM said...

harap2 tak beri effect negative sgt kat team chelsea... payah bile dah mula main politik ni, takut jadi cam bola malaysia..huhu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!