Wednesday, December 1, 2010

West Ham belasah Manchester United


Jonathan Spector dan Carlton Cole masing-masing menjaringkan dua gol untuk West Ham membelasah juara bertahan Manchester United 4-0 dan mara ke peringkat separuh akhir Piala Liga manakala Arsenal turut layak selepas menewaskan Wigan 2-0 pagi tadi.


Bekas pemain United, Jonathan Spector, menjaringkan gol pada separuh masa pertama sebelum Cole menambah dua lagi gol selepas rehat untuk West Ham yang berada di tempat tercorot Liga Perdana Inggeris.

Arsenal kini menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai pertandingan itu apabila gol sendiri Antolin Alcaraz dan jaringan Nicklas Bendtner memastikan Wigan tersingkir.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!