Friday, June 18, 2010

Imej hantu pocong dirakam


DESA BETUNG, Indonesia - Seorang lelaki, Suharno secara tidak sengaja terakam gambar hantu pocong semasa dia sedang merakamkan gambar anak perempuannya, Jesika, lapor sebuah akhbar baru-baru ini. Apabila dia melihat gambar tersebut, Suharno terkejut kerana di belakang anak perempuannya terdapat imej pocong berwarna putih sedang berdiri. Dia turut bimbang Jesika dilanda trauma kerana fenomena aneh itu.

Gambar itu dirakamkan semasa Jesika bermain di halaman belakang rumah mereka di sini, Sumatera Selatan pada 10 Jun lepas. Lebih membimbangkan Suharno, dia diberitahu oleh seorang bijak pandai tempatan bahawa pocong itu mengikuti anaknya kerana hantu tersebut sedang mencari korban.
Pocong merupakan hantu yang tubuhnya dibalut dengan kain putih.
 
"Saya bimbang berlaku perkara yang tidak diingini. Meskipun kebenaran kata-kata orang bijak pandai itu belum pasti, saya berharap anak saya selalu berada dalam lindungan Yang Maha Kuasa," katanya.





.

Rokok!


DI sebuah kafe, kelihatan tiga wanita cantik duduk semeja dengan gaya tersendiri. Di tangan mereka terdapat sebatang rokok. Seorang daripadanya merokok dengan penuh asyik sambil menghembus asap menerusi hidung. Adakah ini dikatakan gaya terkini wanita moden hari ini?
Jika ditanya kepada mereka, tentu sekali jawapannya ya. Tetapi benarkah merokok menjadi lambang kemodenan serta gaya hidup wanita berjaya dan bergaya? Jika ya, di mana letaknya kecantikan perokok wanita, sedangkan lelaki merokok dianggap jelek dan tidak sopan, inikan pula wanita.

Sorry!!!

Ahha..

Aqasha & Baizura Nikah Oktober

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!