Friday, June 18, 2010

Aqasha & Baizura Nikah Oktober

KALAU sudah jodoh tidak ke mana. Itulah ungkapan yang paling sesuai diberikan kepada pelakon Aqasha,28, apabila dia bertemu semula dengan gadis idamannya selepas sembilan tahun terpisah.
Pertemuan kali kedua yang terjalin pada tahun lalu itu memberi makna yang amat mendalam apabila dia berhasrat untuk menjadikan editor di stesen televisyen Astro, Baizura Sabri,26, itu sebagai isterinya.
Menurut Aqasha, selepas pertemuan itu mereka bersetuju mengikat tali pertunangan pada bulan Mei lalu dan merancang mengadakan majlis pernikahan dan persandingan serentak di rumah pengantin perempuan.
Ia di jadual akan diadakan pada 10 Oktober akan datang sementara majlis persandingan di sebelah lelaki akan diadakan sempena Hari Krismas.

Aqasha memberitahu, mereka belum menguruskan urusan pernikahan lagi kerana kesibukan tetapi akan melaksanakannya sebelum tarikh tersebut.
“Yang lebih penting, tunang saya ingin majlis itu nanti berjalan lancar, cukup makan dan tetamu pun selesa. Kami ingin bersederhana,” katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra drama bersiri Dendam Orang Minyak di TV3, Rabu lalu.
Pelakon berbakat ini mengakui dia selesa bersama Baizura kerana mereka berkongsi karakter yang sama selain tunangnya itu menerima dia seadanya.
"Karakternya macam saya. Dia seorang yang ringkas, berfikiran tajam dan tahu apa yang dia nak buat. Kami juga berminat menonton filem," katanya.

P/S - Semoga impian menjadi kenyataan... Sebenarnya Lulu tau dan biasa benar dengan Baizura yang dimaksudkan.. Beliau merupakan moderator di channel @15..Seorang yang ceria dan celotehnya melalui laman chat itu benar-benar menghiburkan..Patutlah selama ni selalu berceloteh mengenai aqasha ye.. Rupa-rupanya ada disebaliknya.. Tahniah Cik Zura... Saya akan rindukan celoteh awak...huhuhu.....

2 Penyokong CHELSEA:

Baizura S. on July 9, 2010 at 4:52 PM said...

sama2 lulu :p

Lulu Caldina on January 9, 2011 at 9:34 PM said...

zura.........

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!