Wednesday, June 30, 2010

Anjing Pintar

Dua orang perempuan sedang bercerita tentang anjing-anjing mereka.

Keduanya saling membesar-besarkan cerita mengenai kepintaran binatang peliharaan mereka.

Perempuan 1:
“Anjing aku hebat betul. Tiap pagi, dia tunggu penjual akhbar, anjing
aku akan membawa akhbar tersebut ke tempat aku sedang bersarapan.”

Perempuan 2: “Ya, aku tahu tu.”

Perempuan 1: (hairan) “Dari mana kau tahu?”

Perempuan 2: “Anjing aku yang cerita.”

Full Bar Coverage - patutlah selama nietakde line...

Full Bar Coverage

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan . Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.


Caranya ( Perhatian s
ila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.

Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!


*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut. 
 

Niagara Falls

Inilah tempat pertama yang aku nak sangat pergi..(ada banyak lagi, tapi kita ketengahkan ni dulu) Boleh ke ye? Tercapai ke agaknya......

BIL TELEFON MELAMBUNG...???

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Maid : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya

I am Sorry...

Untuk menunjukkan kekuatan dan kehebatan negara masing-masing, maka
antara Orang Amerika, Inggeris, dan Israel menguji kemampuan
menggunakan panah. Dengan memanah buah epal yang diletak di atas kepala
orang Arab.

Orang
Amerika diberikan kesempatan pertama dan berhasil membelah buah epal
menjadi dua, lalu berteriak: I am RAMBOO! Selanjutnya, orang Inggris
pun berhasil memanah buah apel hingga terbelah menjadi empat tanpa
mengenai kepala Si Arab, dengan tak mau mengaku kalah ia pun berteriak:
I am ROBINHOOD!

Giliran terakhir, orang Yahudi dengan tenang
dilepaskan anak panahnya dan tepat mengenai "mata si Arab", lalu dengan
bersorak penuh kemenangan ia berteriak: I am SORRY!

Fantasi Pemandu Teksi

Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu
teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin
tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."

"Oh
begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang
memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik
mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya...iya, saya masih single".

Kemudian
teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu
selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah
encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga
bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak
Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

Harta Tujuh Keturunan

Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya.

Ibu :"Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 turunan".

Anak :"Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?"

Ibu :(tersipu malu)"Kerana kita ini keturunan yang ke 8".

Misteri objek bulatan di ladang gandum

GAMBAR menunjukkan 193 bulatan di sebuah ladang gandum tidak jauh dari Warminster, Britain.

 
LONDON - Hampir 200 bulatan objek misteri ditemui di sebuah ladang gandum terbaru tidak jauh dari Warminster, Wiltshire di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebanyak 193 bulatan dihasilkan dalam satu bentuk formasi seperti bulan dan matahari di Wiltshire yang lebih dikenali sebagai ibu kota objek terbang yang tidak dikenali (UFO) di Britain.
Bulatan itu mengandungi 193 bentuk seperti cincin, termasuk enam bulatan utama dan tujuh bulatan di bahagian tengah.
Pakar Lakaran Bulatan Ladang Gandum Karen Alexander berkata: "Ia merupakan bulatan yang lebih kompleks pada tahun ini.
"Formasi ini berlaku dekat perkampungan Mere. Kejadian seperti itu pertama kali berlaku di kawasan tersebut sejak 1997," katanya

Gadis 21 tahun jadi doktor


LONDON - Rachael Faye Hill yang baru berusia 21 tahun mencipta sejarah apabila dia menjadi doktor paling muda di Britain selepas memperoleh ijazah sarjana muda bidang perubatan daripada Universiti Manchester pada 14 Julai depan, lapor sebuah akhbar semalam.
Rachael 'merampas' gelaran itu daripada Heenal Raichura yang berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti St. George pada tahun 2008 ketika berusia 22 tahun.
Kebanyakan institusi pendidikan tidak akan menerima pelajar memasuki bidang perubatan sehingga pemohon berusia 18 tahun.
Tempoh pengajian pula memakan masa selama enam tahun menyebabkan graduan bidang itu biasanya berusia 23 atau 24 tahun.
Namun, Rachael dibenarkan untuk mengikuti pengajian perubatan hanya beberapa minggu selepas ulang tahun kelahiran ke-17.
Tidak lama lagi, Rachael akan memulakan latihan selama dua tahun di Hospital Royal Preston.
"Ibu saya merupakan seorang doktor veterinar. Tetapi saya rasa lebih sesuai membantu manusia. Akhirnya saya memohon menyertai sekolah perubatan di England ketika berusia 15 tahun," jelasnya.
Pada mulanya, Rachael belajar di Kolej Colegio Hispano Britanico di Lanzarote sebelum guru-gurunya mengenal pasti potensi dan membenarkannya untuk 'lompat kelas' selama beberapa tahun.

Makan setiap 15 minit tapi masih kurus

GAMBAR menunjukkan Lizzie Velasquez duduk di atas meja dipenuhi dengan makanan ringan. 

AUSTIN - Seorang gadis yang menjadi pelajar sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS), Lizzie Velasquez makan 60 kali sehari tetapi memiliki berat badan seperti kanak-kanak berusia lapan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.Velasquez menghidap penyakit Sindrom Neonatal Progeroid (NPS), menyebabkan dia cepat tua, hilang lemak dan tisu badan.

Untuk kekal bertenaga, pelajar perempuan berusia 21 tahun itu makan setiap 15 minit dalam sehari dengan pengambilan tenaga bersamaan 5,000 hingga 8,000 kalori tetapi berat badannya tidak pernah melebihi 27.4 kilogram. "Saya selalu menimbang berat saya dan saya akan teruja jika berat saya bertambah walaupun cuma 0.4 kilogram," kata Lizzie yang memiliki ketinggian 157.5 sentimeter.

"Saya makan sedikit kerepek, gula-gula, coklat, piza, kek, donut, ais krim, mi dan kuih sepanjang hari dan saya sedih apabila orang mendakwa saya kurus kerana menghidap aneroksia," tambahnya.
Lizzie dilahirkan empat minggu pramatang dengan berat cuma 1.1 kilogram dan kesihatannya sering terganggu.






.

Jangan pandang remeh sakit perut


TAHUKAH anda sakit perut yang berpanjangan boleh membawa maut sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan segera? Selalunya, masyarakat hari ini beranggapan mereka menghadapi keracunan makanan atau tersalah makan sekiranya mengalami sakit perut.
Sedangkan antara tanda-tanda keracunan makanan ini ialah ia hanya akan muncul dalam masa dua hingga 24 jam selepas makan.
Ia juga bergantung kepada tahap keracunan dan mereka yang mengalaminya mungkin juga akan mengalami demam dan seram sejuk, najis berdarah serta penyahhidratan.
Keracunan makanan berlaku apabila keradangan perut atau usus yang disebabkan oleh pengambilan makanan tercemar.
Menurut Pakar Perubatan dan Gastroenterologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari, kesakitan pada bahagian perut atau abdomen boleh berpunca daripada pelbagai keadaan yang memberi kesan kepada pelbagai organ.
Bahagian abdomen adalah terdiri daripada bahagian bawah tulang rusuk, tulang pelvik ke bawah serta kedua-dua sisi badan.
Biarpun kesakitan pada bahagian abdomen boleh datang daripada tisu di dinding yang mengelilingi rongga abdomen, sakit di bahagian ini selalunya digunakan untuk menerangkan kesakitan yang berasal dari dalam rongga abdomen.
‘‘Sekiranya tersalah makan, biasanya anda akan alami cirit-birit atau sakit perut pada awal pagi, sekitar pukul 3 atau 4 dan ia mengambil masa lapan jam selepas makan untuk mengalami tanda-tanda tersebut.
‘‘Kebiasaannya anda tidak akan terus mendapat cirit-birit kerana jenis bakteria dan virus yang ada boleh menyebabkan kita muntah-muntah dahulu, iaitu kurang daripada dua hingga tiga jam selepas makan.
‘‘Sekiranya anda keracunan makanan, ia akan mengambil satu hingga dua hari untuk baik tetapi kalau ia berpanjangan dan melebihi satu hingga dua minggu, kita kena buat siasatan dan tengok kenapa ada masalah cirit-birit yang berpanjangan,’’ ujarnya ketika ditemui di Kelana Jaya, baru-baru ini.
Tambah beliau, sekiranya jangkitan ataupun kesakitan masih belum reda ia pasti mempunyai masalah lain seperti sama ada disebabkan oleh masalah metabolik yang menyebabkan cirit-birit, mahupun masalah penyakit radang usus yang boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit yang berpanjangan disertai pendarahan ataupun kuman di usus oleh parasit seperti ameba yang boleh menyebabkan masalah cirit-birit serta kejadian nanah di hati.
Jelas beliau lagi, bagi penyakit gastrik pula, sekiranya ia merupakan ulser yang memudaratkan, ia perlu dibedah segera.
Pesakit juga dinasihatkan menjalani pemeriksaan endoskopi (OGDS) ataupun pemeriksaan segera jika keadaan dilihat membahayakan kesihatan dan nyawa.
Beliau turut memaklumkan kemungkinan berlakunya gastrik (dispepsia) dengan ulser atau tanpa ulser, mahupun kanser yang berpunca dari aktiviti bakteria helicobacter pylori yang berada di dalam perut dalam jangka masa yang lama, tanpa disedari.
‘‘Jangan ambil mudah terhadap gastrik kerana gastrik juga boleh memudaratkan dan juga boleh membawa maut,’’ katanya.
Untuk itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menganggap sakit perut satu penyakit yang remeh dan diminta berjumpa dengan doktor pada kadar yang segera.
Menurut Dr. Abdul Malik lagi, sekiranya sakit perut yang dihadapi tidak beransur pulih, eloklah sekiranya dirujuk kepada pakar bedah untuk langkah seterusnya.
‘‘Kesakitan pada bahagian abdomen yang kerap mestilah dirujuk kepada pakar perubatan. Ini membolehkan doktor membuat pemeriksaan ke atas perut dan tempat-tempat yang berkenaan untuk mengenal pasti punca serta jenis penyakit yang dihadapi.
‘‘Perlu diingatkan, banyak perkara boleh menyebabkan sakit perut ini termasuklah nanah di dalam perut,’’ tambah beliau.
Anda juga dinasihatkan agar mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat, diet yang berkhasiat serta makanan yang seimbang yang boleh membantu mencegah atau mengurangkan keasidan gastrik, sembelit serta masalah penghadaman lain.
Ini sekali gus memelihara perut anda daripada terkena pelbagai jangkitan kuman serta virus yang tidak diingini.

Bahaya kanser mulut

PENYAKIT kanser seperti yang diketahui umum adalah antara penyumbang utama kepada kematian di seluruh dunia dan sehingga kini masih lagi belum ada penawarnya.
Baik kanser payu dara, kanser ovari, kanser hati dan pelbagai jenis kanser lain yang merbahaya, ia merupakan mimpi ngeri kepada sesiapa jua yang disahkan menghidap penyakit itu.
Bagaimanapun, dalam kesungguhan dunia memberi tumpuan terhadap usaha mencari penawar kepada penyakit kanser utama itu, masih terdapat penyakit kanser lain yang tidak kurang berbahaya dan boleh membawa maut tetapi jarang diperkatakan seperti kanser mulut .
Sekalipun kanser mulut bukanlah antara penyakit yang tergolong dalam kategori penyakit yang kronik, namun jika dilihat kepada sejarah, masyarakat di Asia adalah mereka yang paling berisiko kerana kaitannya dengan tabiat memakan sirih, merokok dan juga kesan daripada alkohol
Apa yang lebih menakutkan ialah ia mencatatkan kes yang paling tinggi di kalangan penduduk miskin.
Kanser mulut biasanya terjadi di antara kanser yang paling merbahaya dan berada di tempat ke 10 bilangan penghidap teramai di Malaysia dengan purata 7 hingga 8 peratus.
Namun kanser mulut ini mengambil masa yang lama untuk terjadi. Perubahan awal tisu pada bahagian yang terlibat dinamakan pra kanser.
Pada peringkat ini rawatan awal masih boleh di jalankan untuk mencegah kanser dari merebak. 64 peratus berisiko penghidap kanser mulut ialah kaum India.
Kebanyakannya dikaitkan dengan tabiat mengunyah sirih.
Biasanya kanser mulut tidak berlaku pada mereka yang baru mula mencuba untuk merokok tetapi terjadi kepada mereka yang mula merokok sejak awal remaja dan sering berlaku di kalangan lelaki.
Pada awalnya, kanser mulut itu tidak sakit tetapi oleh kerana fungsi mulut adalah untuk mengunyah, merasai dan bertutur serta memberi kesan kepada satu daripada saluran awal pernafasan, menyebabkan fungsi-fungsi biasa yang normal di dalam mulut terganggu.
Penyebabnya pula boleh disumbangkan oleh pelbagai faktor dan antara faktor yang paling dikenal pasti adalah disebabkan mengunyah campuran sirih atau pinang dan tabiat merokok serta meminum minuman keras.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!