Showing posts with label Lucu. Show all posts
Showing posts with label Lucu. Show all posts

Sunday, October 21, 2012

Kucing yang selalu masam muka ini memikat hati pengguna youtube


Biasanya orang berwajah masam tidak disukai, tapi nampaknya, berbeza buat kucing yang berwajah seperti ini, malah membuatkan orang geramkannya. Kucing ini bernama Tard. Pemilik kucing ini suka menggeletek bahagian perutnya tapi Tard tidak sedikitpun menunjukkan wajah ceria. Dia tetap memberikan muka selamba, walaupun kucing biasanya sangat menyukai diperlakukan sebegitu. Wajah masam dan selamba Tard dirakam dan di muat turun ke laman video Youtube, dan nampaknya memikat hati ramai pengguna youtube.. Adakah dia memikat hati anda? hehe..





.

Sunday, September 30, 2012

Pemain biliard yang sangat kreatif


Ramai yang minat main biliard, atau lebih dikenali dengan pool.. Apapun namanya, semua tahu, tanpa meja billird, permainan itu tidak lengkap. Tapi bukan semua mampu beli meja tu.. Harganya agak mahal, dan oleh kerana itu ramai yang memilih untuk main dikedai. Tak silap dalam satu frame, hanya dikenakan bayaran RM2-RM4. Namun berbeza dengan gambar ini, mereka agak kreatif, membuat meja billiard hanya dengan tanah. Kayu-kayu disusun, dan diikat. Kemudian tanah basah dijadikan lapisan atas. Lengkap dengan lubang, tengok dah boleh main.. Kreatif tak? sila cuba kat rumah eh :p







.

Wednesday, May 16, 2012

Michelle Obama berpakaian sama dengan langsir?


Dalam semangat musim bunga, Michelle Obama dan Jill Biden berpakaian warna ceria. Isteri Obama dan isteri dari Wakil Presiden Joe Biden, yang keduanya memiliki gaya berbeza, namun sama warna berdiri di depan tirai langsir White House yang juga sama warna - kuning. Mereka, menyambut anak-anak tentera, ibu dan nenek ke White House untuk Mother's Day and Military Spouses Appreciation Day Tea, tradisi tahunan.

Menghormati ibu tentera untuk menjadi idola yang luar biasa' untuk anak-anak mereka, masyarakat dan negara.  Anak-anak memberikan hadiah kepada ibu mereka sebelum Michelle dan Jill Biden memberi ucapan ringkas.





P/S - Warna baju tu memang ceria.




.

Thursday, April 26, 2012

Ayuh.. layan pelanggan di drive thru McDonald


Bagi lembu yang lari dari kandang, lari ke restoran McDonald mestilah tidak termasuk dalam senarai. Tetapi itu adalah apa yang dilakukan oleh Darcy, lembu tenusu, Jumaat lepas - ketika ia mendapat status selebriti di bandar Colorado.

Pemiliknya berkata dia sangat terkejut dengan kejadian itu. Pemilik hanya menyedari Darcy telah menghilangkan diri apabila polis dipanggil untuk memberitahu mereka ia merayau disekitar McDonald. Pekerja restoran berjaya mengambil gambar Darcy menekan hidungnya kepada tingkap drive-thru tetapi pemilik haiwan, Sandy Linn, bergurau dia tidak akan membuat mana-mana pesanan makanan.


Zach, yang menjaga Darcy, berada di sekolah apabila ibunya bergegas memberitahu dia mengenai lembu yang melarikan diri itu. Namun akhirnya lembu itu berjaya ditangkap dan dibawa pulang.




.

Monday, July 18, 2011

Namanya di handphone ku


Nama Isteri di Handphone Suami

① Baru Nikah: MY LOVELY WIFE

② 1 tahun Nikah: MY WIFE

③ 5 tahun Nikah: HOME

④ 10 tahun Nikah: OFFICE

⑤ 15 tahun Nikah: OFFICIAL

⑥ 20 tahun Nikah: POLICE OFFICE

⑦ 25 tahun Nikah: WRONG NUMBER (kesian)

⑧ 30 tahun Nikah: CRAZY

⑨ 35 tahun Nikah: NENEK SIHIR



* *


 Nama Suami di Handphone Isteri

① Baru Nikah: MY ONE & ONLY MAN

② 1 tahun Nikah: MY HUBBY

③ 5 tahun Nikah: AYAH 

④ 10 tahun Nikah: HOME SWEET HOME

⑤ 15 tahun Nikah: MY PERSONAL LOAN

⑥ 20 tahun Nikah: EMERGENCY NUMBER

⑦ 25 tahun Nikah: DRIVER

⑧ 30 tahun Nikah: BANKER

⑨ 35 tahun Nikah: DONALD DUCK 





.

Saturday, March 26, 2011

Adeh ini memang nyampess


Seluar Dalam Pengantin Wanita jadi Bonus untuk Si Tukang Gambar.

Kejadian seperti ini mungkin saja akan terjadi kepada pasangan pengantin lain. Mungkin boleh dikatakan pasangan pengantin ini tidak bernasib baik kali ni.. Ini adalah kerana pasangan pengantin yang telah turun dari kereta dan siap pose untuk digambar, tiba-tiba angin kencang bertiup ke arah pengantin, yang mengakibatkan gaun pengantin yang dipakai oleh pengantin perempuan terangkat lalu seluar dalamnya pun sukses di abadikan oleh tukang gambar. ekeke..



.

Monday, March 7, 2011

Kanak-kanak ni patah hati...huhu tengok sedih, nak ketawa pun ada..


Terjumpa video ni secara kebetulan...
Bila tengok kanak-kanak lelaki ni, nak rasa kasihan pun ada..nak ketawa pun ada...
Adakah korang pernah melihat keadaan ni?
Hairan kanak-kanak sekecil itu mempunyai sensitiviti yang menakjubkan..
Cakap banyak tak best, jom layan video...
Tengok apa pendapat korang...






.

Tom and Jerry dizaman moden..


Bila tengok kartun ni, teringat masa kecil..Bila tom dan jerry saling kejar mengejar...lucu dan menghiburkan..
Dan kebanyakan dari aksi-aksi mereka dalam kartun itu memang benar-benar terjadi di dunia nyata..
kreatifkan pencipta watak kartun ni?

Tapi, zaman sekarang kalau nak tengok kartun ni, dunia sebebnar pun tak kurang hebatnya..
nak bukti? jom tengok..















So cute,kan? ngee..Rancak juga tikus tu melayan kerenah kucing yang gumuk tu...ekeke



.

Wednesday, February 23, 2011

Macam mana rupanya anak Mr. Bean dan Miyabi...

Seandainya Mr. Bean kahwin dengan Miyabi, artis HIT Jepun tu, agaknya bagaimanalah rupa anak mereka nanti yer?


Ini Miyabi..
Kalau tak tau, silalah google yer kengkawan..
takut kalau lulu jelaskan, korang cop lulu yg bukan-bukan pula..eheh..



Hah, ini Mr. Bean...
Lawaknya yang bersahaja, memang cukup menghiburkan...
dan menggeletek perut urat saraf semua...





Dan, beginilah rupa bakal anak mereka...whoaa..





*







*













Adakah dia akan menggantikan Miyabi dipersada 'Jepun', atau menggantikan Mr. Bean didunia lawaknya?
ngee....




.

Sunday, October 10, 2010

Panggilan Sayang Untuk Isteri



Friday, September 24, 2010

TERberanak




Sorang pompuan tu... TERberanak dalam lif. Punyalah dia malu... melalak dan tak mau keluar lif... Datang doktor cuba pujuklah pompuan ni... nak bawa ke hospital.

"Marilah keluar amoi, saya bawak peligi hospital".

"Tak maulah doktor, saya malu"

Kemudian kata doktor tu... "Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk
punya malu.... TERberanak dalam longkang lagi!!!"

Tetiba, lagi kuat amoi tu lalak....

Doktor tercegang dan tanya kenapa nangis lagi kuat.

Kata amoi tu... "Orang tu sayalah jugak!!!!".....






Thursday, September 16, 2010

Cik Tina

Sekadar gambar hiasan

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunakan kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !






Monday, September 13, 2010

TERKANGKANG


Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...




Thursday, September 9, 2010

Ciuman


LISA: Berapa harga semeter kain ni?

PENJUAL: Harga 1meter cuma 1ciuman

LISA: Baiklah..bagi saya 10meter..

PENJUAL: (gembira)...ni dah siap sepuluh meter kain..bayarannya???

LISA: Jap,nenek saya akan bayarkan..(sambil menunjuk ke arah neneknya)





Friday, September 3, 2010

Sewa Hotel Mahal


Seorang pelancong singgah di sebuah hotel pada tengah malam. Pelancong itu meminta pekerja hotel memberikannya sebuah bilik katil single.

Tiba-tiba pelancong itu terlihat seorang gadis cantik dan seksi di lobi hotel. Dia meminta diri dari pekerja hotel untuk bertemu gadis tersebut. Setelah beberapa minit, pelancong itu datang bersama gadis cantik dan seksi dalam dakapannya.

"Saya sungguh gembira bertemu isteri saya di sini," katanya kepada pekerja hotel. "Saya nak bilik katil queen size".

Keesokannya, pelancong tersebut pergi ke kuanter untuk membayar sewa hotelnya. Dia sunnguh terkejut kerana sewa hotel itu sebanyak RM3000. Dengan perasaan marah dia berteriak. "Baru 1 malam aku di sini, kenapa terlalu mahal?".

"Betul, tuan baru 1 malam, tetapi isteri tuan sudah 7 malam menyewa di sini", kata pekerja hotel kepada pelancong. Dengan perasaan malu, pelancong itu membayar menggunakan kad kreditnya.




Thursday, September 2, 2010

Isteri Tersayang


Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.





Tuesday, August 31, 2010

Materialistik

Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S terbarunya di depan pejabatnya.. ketika dia membuka pintu keretanya.. sebuah lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dgn kuat..

Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang sudah kemek itu.

Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang dari mereka berkata, "Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan mata duitan. engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain"

"Kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam lelaki itu menjawab..

"Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus diseret lori tadi?"

"Ya Tuhan!!", jerit si penguamcara tadi dengan kuat..

"Di mana jam tangan Rolex saya?!!"
 
 


Monday, August 30, 2010

Hadiah Dari Mak Mentua

Alkisah ada Seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.

Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu motor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu; terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa fikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.
Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat kereta Nissan Livina parking di depan rumah, & secarik kertas bertulisan “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh ; terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian & dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.
Besoknya di depan rumah menantu ke-2 parking Toyota Alphard, disertai kertas bertuliskan “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.
Lalu dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil bergerak membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya parking Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.






Seram-Seram Suku

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy.dia ni org johor
Die ade awek name Julie.julie nih dok kt perlis..
Diorng nih xpnah jumpe sblom nih,juz msg n call aje..
Gamba pon diorng xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310i. Diorng da xthan nk jumpe sngat2
Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama..
Dan diorng brcdang utj berjumpe di rumah julie.
Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtng beraya kerumah mereka..


Pada seminggu sebelom hari raye,Julie terlibat dgn satu kemalangan..
Mayat julie selamat dikebumikan. .
Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie..
Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut..
Akan tetapi,jimmy tidak mengetahui hal ini..
Kebetulan,hp jimmy rosak pada hari kematian Julie..
Sehari sebelum raya,bru lah hp die siap dibaiki
Apabila hp da ok,jimmy terus msg Julie..
Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di'reply'..
Pada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy..
Jimmy bertolak dr johor pd subuh awl syawal,dan smpai di perlis pd ptng ari 2 juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya


Bila smpai shj dirumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie...
Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk..
Mereka perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy..tetapi mata jimmy terjenguk2 kearah dapur dan bilik2 yg ade dirumah tersebut kot2 ade Julie keluar atau menyorok dri dia...Jimmy semakin tidak senang duduk..
Setelah lama berbual,jimmy pon tny pasal Julie kerana beliau tidak tahan nk berjumpa dgn Julie..
Ibubapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabarĂ¢€¦
Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie,
"kenapa mak cik ngan pak cik??ape yg da berlaku pd Julie??"
"Julie telah meninggal dunia" kata ibu Julie..
Jimmy semakin kehairanan..
Jimmy bertanya"bila mak cik??sbb apa??"
Ibu bapa Julie pon menceritakan tentang hal kejadian..
Jimmy agak terkejut,Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ade sms dgn Julie sebelum berangkat ke perlis
Jimmy pon tunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Julie..
Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,ibu bapa Julie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Julie yg punye


Utk mendapatkan kepastian,ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnah perkuburan Julie..
Jimmy maish x berpuas ati dan mengorek kubur Julie
Memng betol Julie sudah mati dan berada didalm kubur tersebut..
Jimmy semakin hairan dan ketakutan
Sebelum julie meninggal,julie telah berpesan kpd org tua die supaya kalo dia mati,tnm skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih..
Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy..
Jimmy pon cuba sms Julie didepan ibu bapa Julie,
"awk ngah wat pe??"
Tidak lma kemudian,hp jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima,apabila buka shj sms tersebut,kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi
"xde wat papepon..awk da smpai ke??"
Jimmy semakin panic dan membalas "ibu bapa awk kata awk da MATI??"
Dan Julie pon balas "memng sy da meninggal.."
Jimmy cuba beraniakn dri dan membalas semula sms tersebut dgn "ABES 2,MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??"
Tidak lama kemudian,hp jimmy pon berbunyi lg...
Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa jimmy hendak membaca sms tersebut...
Apabila mereka baca sms tersebut,mereka semakin takut dan seram hingga bulu roma terdiri tegak
Kerana sms etrsebut berbunyi
"DIGI ADA DIMANA-MANA"




P/S - Teringat Reina (penjaga gol Liverpool) musim lepas yang berjersey warna kuning.. Tiap kali dia tak dapat halang bola memasuki gawang, lulu akan cakap...kan digi tak de liputan  di England..ngee..





Sunday, August 29, 2010

Suami Yang Adil



Sepasang suami isteri, iaitu Jenab dan Ramli sedang bergaduh mengenai keluarga mereka masing-masing. Jenab berkata, Abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang-orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan denganku dan lebih menyayangi keluargamu.

Lalu dengan selamba Ramli menjawab, Salah tu ..., buktinya aku lebih menyayangi ibu mertuamu daripada ibu mertuaku sendiri.


P/S - Faham tak dengan cerita ni?



 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!