Tuesday, August 31, 2010

Materialistik

Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S terbarunya di depan pejabatnya.. ketika dia membuka pintu keretanya.. sebuah lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dgn kuat..

Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang sudah kemek itu.

Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang dari mereka berkata, "Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan mata duitan. engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain"

"Kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam lelaki itu menjawab..

"Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus diseret lori tadi?"

"Ya Tuhan!!", jerit si penguamcara tadi dengan kuat..

"Di mana jam tangan Rolex saya?!!"
 
 


Kemerdekaan..



Selamat hari kemerdekaan buat semua rakyat malaysia.........
Ya... sdh 53 tahun kita merdeka.. Dan 53 tahun itulah menyaksikan begitu bayak perbezaan malaysia dulu dan kini.. Begitu banyak pembangunan dan kejayaan yang telah terlakar.. Betapa bangganya kita menjadi rakyat malaysia, hidup didalam sebuah negara yang aman dan harmoni..

Tapi, (kenapa mesti ada tapi..) kalau dilihat berita2 semasa, setiap hari ada saja berita bayi yang dibuang dan dibunuh.. Sendiket pemerdagangan orang berleluasa disana sini.. kes bunuh, kemalangan jalan raya dan kemiskinan tegar...mmg sukar digambarkan untuk angka 53 tu...
Apa pun yang berlaku, ingatlah..banggalah... kita sebagai rakyat malaysia, memang sepatutnya bersyukur menjadi anak malaysia..merdeka..merdeka..merdeka...

P/S - Kalaulah kita rasa penderitaan org dahulu kala ketika negara belum merdeka, adakah kita masih tidak menghargai negara ini hari ni?




 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!