Saturday, October 2, 2010

Pulau tenggelam setiap kali bulan mengambang

Pulau Kangaen

JAKARTA - Dua buah pulau di Sumenap, Madura, Indonesia akan tenggelam setiap kali bulan mengambang, lapor sebuah akhbar semalam.
Kepulauan Kangean dan Pulau Saobi akan ditenggelami air laut setinggi 20 sentimeter menyebabkan penduduk berasa tidak selesa ekoran situasi itu.
Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD), Badrul Aini menyatakan semua tanah di kedua-dua pulau itu akan ditenggelami air laut apabila bulan mengambang.
"Yang paling buruk terjadi (ditenggelami air laut) pada bulan September sampai November," kata Badrul kepada wartawan di pejabat DPRD Sumenep, Jalan Trunojoyo.
Menurut ahli politik itu yang berasal dari Pulau Kangean, tiada projek untuk menahan kemasukan air laut di kedua-dua pulau tersebut.
Penggalian atau pengambilan pasir secara haram turut berlaku di pulau itu selain tiada projek untuk menanam semula pohon bakau bagi mengelak hakisan.






Dua wanita dirotan di Aceh


BANDA ACEH, Indonesia - Dua wanita dirotan di wilayah Aceh, Indonesia semalam kerana menjual makanan semasa bulan Ramadan, kata seorang pegawai.

Ratusan orang berhimpun untuk melihat Murni Amris, 27, dirotan sebanyak tiga kali manakala Rukiah Abdullah, 22, menerima dua rotan di sebuah masjid di bandar Jantho, tenggara Banda Aceh.

"Dua wanita itu ditemui menjual nasi di sebuah gerai pada waktu tengahari semasa Ramadan. Undang-undang syariah melarang makanan dijual semasa bulan puasa dalam Ramadan," kata seorang ketua polis syariah, Marzuki Abdullah.



Murni memiliki sebuah gerai makanan manakala Rukiah menjual nasi. Aceh yang terletak di utara Pulau Sumatera merupakan antara beberapa wilayah yang melaksanakan undang-undang syariah.

Dalam bulan Ramadan, penganut Islam berpuasa dari awal pagi sehingga senja yang bermula pada Ogos dan berakhir awal September tahun ini.


Turut dirotan ialah Fakhruddun Harun sebanyak lapan kali di pekarangan sebuah masjid di Aceh Besar kerana kesalahan berjudi.





Update gambar : Jimmy Shanley Bergelar Suami


SUNGAI BULOH: Dengan tiga kali lafaz, pengacara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Jimmy Shanley Norjahan Saleh selamat diijabkabulkan dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy kira-kira pukul 4 petang, Jumaat.
Majlis akad nikah yang berlangsung di banglo mewah milik keluarga perempuan berlangsung di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Adib, bekas peserta rancangan Imam Muda.
Kira-kira 500 kenalan, saudara-mara hadir pada acara akad nikah yang disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Damansara, Mustaffa Kamal Abu Bakar. Ia disaksikan oleh Mohd Fadhil Mohd Nor dan Mohd Yusof Mohd Isa.
Majlis akad nikah dilakukan di atas pelamin mini dihiasi bunga ros dan kekwa merah dan merah jambu yang direka oleh perunding perkahwinan Baha.

Jimmy kelihatan segak berpakaian baju Melayu rona emas rekaan Rizman Ruzaini manakala Nursuhaila anggun mengenakan baju kebaya bertatahkan manik dan permata. Nursuhaila diwalikan bapanya.
Rombongan pengantin lelaki hadir seramai 50 orang diketuai oleh abang kepada Jimmy Shanley iaitu Datuk Ir Young Juwahir Muhammad Idrus yang membawa sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak perempuan.
Hantaran daripada pihak lelaki terdiri daripada sebuah jam tangan, satu set barang kemas, sebuah komputer iPad, tas tangan, alatan dandanan dan wangian, sepersalinan pakaian, sepasang kasut, wang mas kahwin dan sebentuk cincin pusaka peninggalan dan wasiat arwah ibunda pengantin lelaki.


Pihak perempuan pula menyerahkan sepasang kasut, seutas jam tangan, sehelai baju, sehelai seluar, sebuah iPhone, kek, manisan, coklat, sirih junjung, set dandanan dan sepasang baju Melayu.
Bagi upacara pembatalan air sembahyang, Jimmy menyarungkan sebentuk cincin pusaka peninggalan arwah ibunya ke jari manis pengantin perempuan.
Cincin pusaka berpermata nilam merah itu adalah amanat arwah ibu Jimmy supaya disarungkan kepada isteri Jimmy.
Pihak pengantin lelaki telah membawa mas kahwin dan duit hantaran sebanyak RM31,186, bersamaan tarikh lahir pengantin perempuan iaitu pada 31 Januari 1986. Ketika ditemui selepas akad nikah selesai, Jimmy memberitahu dia berasa gugup semasa melafazkan nikah kerana julung kali berbuat demikian.
Bagaimanapun, bekas pengacara Trek Selebriti itu melahirkan rasa lega kerana akhirnya hasratnya memperisterikan Nursuhaila tercapai.
"Tempoh perkenalan kami singkat sahaja. Banyak lagi yang saya tidak tahu tentang isteri saya. Selepas ini, saya akan lebih memahaminya," kata jejaka berusia 30 tahun itu tersenyum lebar semasa sidang akhbar.
Jimmy turut berkata, dia ingin memiliki empat anak lelaki dan seorang anak perempuan bersama isteri tersayangnya.
Sementara itu, isterinya, Nursuhaila yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim itu berkata, dia bersyukur dan tetap memberikan sokongan penuh kepada suaminya menceburkan diri dalam bidang seni.
Majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada malam ini di Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).







Mula rancang soal kahwin


KUALA LUMPUR: “Kami sudah menetapkan tempoh akan berkahwin dalam masa kurang daripada setahun. Kami sendiri tidak mahu berkawan terlalu lama, tapi jika tidak ada jodoh tidak boleh buat apa,” kata pelakon Fasha Sandha mengenai hubungannya dengan kekasihnya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.
Fasha yang ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri di Restoran Bora Ombak, di sini, semalam berkata buat masa ini dia dan Jejai masih berkawan dan sentiasa menghormati antara satu sama lain. “Saya tidak mahu memikirkan perkara berat buat masa ini. Memang kami menjalinkan perhubungan sebagai seorang kawan. Saya selesa dengan keadaan ini. Dia cukup istimewa buat saya,” katanya yang kini popular dengan drama bersiri Chinta di TV3.
Majlis ringkas dan meriah dihadiri kira-kira 300 tetamu itu turut menyaksikan kemunculan Jejai seawal jam 5 petang berpakaian ringkas kemeja dan berseluar jeans duduk di satu meja khas untuk tetamu.

Mengulas kehadiran Jejai di majlis itu, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan memberitahu, kekasihnya itu hadir kerana menerima jemputan daripadanya. “Sebelum ini Jejai pernah datang beraya di rumah. Begitupun ini kali pertama dia memberi sokongan dan menghadiri majlis seperti ini,” kata Fasha yang memaklumkan Jejai kurang gemar gambarnya dirakam media.

Usaha mendapat kenyataan Jejai mengenai Fasha tidak kesampaian kerana menghormati permintaannya mahu menjaga status sebagai usahawan dan nama baik keluarga. Begitupun, Jejai sempat bergambar di samping Fasha sebelum beredar pulang daripada majlis itu.


P/S - Geli weiii...






Mahligai Rita, Aidil goyah



Suami pelakon Anak Mami didakwa sudah lama tak pulang

KUALA LUMPUR: Selepas lebih dua tahun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, rumah tangga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, yang dibina atas dasar cinta mula goyah.

Bukan soal orang ketiga atau kecurangan menjadi punca, tetapi sebaliknya pelakon yang popular melalui filem Anak Mami dan Anak Mami Junior itu mendakwa ia banyak disebabkan mulut dan campur tangan individu tertentu terutama keluarga mentua.

" Tidak cukup mengaibkan dan memalukan saya selama ini, apa lagi mereka inginkan? Selama ini, saya tidak pernah membalas kenyataan dikeluarkan.

“Saya mendiamkan diri kerana ingin menjaga maruah dan air muka suami, tetapi saya tidak mampu bersabar lagi,” katanya menjawab gosip yang mendakwa dia menghalau ibu bapa Aidil ketika mereka berkunjung ke rumahnya, baru-baru ini.


Difahamkan Aidil sudah lama tidak pulang menjenguk Rita dan anaknya, Airit Rayyan Rizkin. Malah ketika Aidilfitri baru-baru ini pun, mereka meraikannya bersama keluarga masing-masing tidak seperti tahun sebelumnya.

Sumber yang rapat dengan Rita berkata, akibatnya pelakon itu semakin tertekan dan bingung kerana tidak tahu punca kesalahannya. Bagaimanapun, Rita enggan mengulas perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Cerita saya kurang ajar, halang suami pulang ke rumah keluarga dan suka mengongkong suami memang keterlaluan. Dulu, suami pernah dihalau keluarga, tetapi diterima semula selepas dua minggu dipulaukan. Sejak itu, suami tidak pernah berenggang dengan keluarga, malah Aidilfitri tahun ini turut disambut bersama keluarganya.

“Saya tidak pernah kecil hati dan menghalang suami pulang ke rumah keluarganya, malah setiap hari pasti suami menjenguk ibu bapanya" katanya lagi.

Anak kelahiran Kangar, Perlis itu berkata umum tahu, hubungannya dengan keluarga mentua keruh sejak berkahwin, tetapi hatinya gembira dan terharu apabila ibu bapa mentua menjenguknya ketika bersalin.

"Jujurnya, kami tidak pernah berbaik. Namun, saya tidak menyimpan dendam dan berharap masih ada jalan perdamaian, nampaknya keadaan semakin berkecamuk. Walaupun keluarga saya pernah dimaki, mereka masih berharap saya berbaik dengan keluarga mentua.

“Mereka tidak mahu perbalahan kami berpanjangan walaupun keluarga mentua sering mengeluarkan kenyataan keterlaluan di akhbar. Bagaimanapun, tidak sampai dua hari, anak saya, Airit Rayyan dilarikan suami untuk bertemu keluarganya ketika saya bekerja,” katanya.


P/S - sedih dengan kenyataan berbalas-balas antara rita dan keluarga aidil..apa pun cerita sbnr disebaliknya, sepatutnya aidil sbg suami kena bijak mencari jln menyelesaikan..itukan tanggungjawab suami..sblm kawen beria-ia nakkan rita sampai sanggup bawa rita nikah di Thailand..skrg dah dpt disia-siakan...wake-up boy..dah tau tak  matang masih nak duduk bawa ketiak mak, jgnlah kawen..






Gemuk tapi cantik?

Adakah kenyataan diatas melegakan orang yang tengah berusaha nak diet dan kurus?

Berlaku di sebuah negara, pertandingan ratu cantik yang hanya dikhaskan bagi wanita gemuk, diulangi, tersangat gemuk (mcm makbed masih kira kurus lagi eh) tapi cantik...

Dan pertandingan itu dimenangi oleh srg wanita, nelly (bukan nama sebenar) yang mengalahkan 40 orang wanita lain yang gemuk-gemuk belaka....






























 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!