Showing posts with label Gambar. Show all posts
Showing posts with label Gambar. Show all posts

Monday, December 3, 2018

Pelukis berjaya hasilkan lukisan unik dan menarik pada buah pisang



Pelukis berjaya hasilkan lukisan unik dan menarik pada buah pisang | Seorang pelukis di sini menghasilkan pelbagai lukisan unik dan menarik pada buah pisang. Pelukis tersebut, Elisa Roche, 39, berkata, dia mendapat idea untuk menjadikan buah pisang sebagai kanvas lukisannya ketika bekerja sebagai seorang tukang masak.


“Saya berasa bosan kerana terlalu lama bekerja sebelum mengambil sebiji buah pisang dan terus melukis di atas kulit buah tersebut. “Saya kemudian memuat naik lukisan pada buah pisang itu di laman sosial Instagram dan terkejut selepas mendapati gambar tersebut menerima pujian daripada rakan-rakan saya,” katanya.




Menurutnya, sejak itu dia mula melukis pada buah pisang dan memuat naik pelbagai hasil karyanya di Instagram. “Beberapa buah majalah terkenal pernah meminta kebenaran untuk menerbitkan hasil karya saya dan sejak itu saya mengambil keputusan untuk meneruskan minat saya ini,” katanya. – Agensi




.

Thursday, November 29, 2018

Gambar model perkampungan mini tikus ini tarik perhatian ramai



Gambar model perkampungan mini tikus ini tarik perhatian ramai  | DALAM kalangan kita pasti ada yang pernah berhadapan dengan gangguan tikus di rumah sendiri. Malah, ada yang bertindak memasang perangkap untuk menghapuskan haiwan tersebut. Namun, lain pula ceritanya dengan seorang jurufoto, Simon Dell yang ternyata gembira dengan kehadiran sekumpulan haiwan itu di kediamannya. Simon mengambil keputusan untuk membina perkampungan mini untuk dijadikan sebagai rumah kepada tikus-tikus berkenaan. Lebih menarik, dia juga menjadikan tikus-tikus berkenaan sebagai model dan subjek utama fotografi."Pada suatu harti saya sedang ambil gambar burung di taman liar ruamh dan nampak sesuatu di atas tanah.


"Saya halakan kamera dan ternyata tikus-tikus itu kelihatan gembira, mereka sangat comel. "Dari situ saya tahu mereka boleh jadi 'bintang' untuk gambar-gambar saya," ujarnya. Bertitik-tolak dari peristiwa itu, Simon bertindak membina kediaman mini untuk mereka berlindung. Malah katanya, kediaman mini itu juga dibina bagi melindungi keselamatan tikus-tikus berkenaan, khususnya dari ancaman kucing. "Sebelum ini saya ambil gambar hidupan liar, untuk tikus ini, saya mahu ada habitat yang comel untuk mereka, pada masa sama ia juga cantik dalam gambar saya. "Mereka nampak gembira dan selesa dalam rumah-rumah yang saya bina. Saya hanya duduk beberapa meter, halakan lensa, zoom dan boleh ambil gambar," katanya lagi.- Bored Panda.




.

Saturday, May 10, 2014

Gambar Makkah dilanda banjir?


Gambar Makkah dilanda banjir? |  Berpuluh-puluh kenderaan dan banyak kediaman serta premis perniagaan di kota Makkah didakwa rosak teruk selepas bandar suci umat Islam itu dilanda hujan lebat selama dua jam pada lewat malam semalam dan ia hampir melumpuhkan sistem pengangkutan di barat Arab Saudi. Menurut portal berita Sabq, bencana alam pada lewat malam semalam itu turut menenggelamkan beberapa laluan utama ke bandar tersebut dan menyebabkan kerosakan teruk harta benda yang belum dinilai kerugiannya.



Beberapa keping gambar turut dimuat naik dalam portal tersebut menunjukkan beberapa buah kenderaan dihanyutkan air deras dan berlanggaran antara satu sama lain. Turut kelihatan kelibat beberapa orang penduduk Makkah yang bertempiaran menyelamatkan diri daripada dihanyutkan arus deras ketika cuba mengalihkan kenderaan mereka. Namun kesahihan sumber ini tidak dapat pastikan apabila media perdana arus negara itu tidak melaporkan kejadian bencana alam itu.




.

Wednesday, April 16, 2014

7 Gambar fenomena bulan berdarah atau Blood Moon yang boleh dilihat di beberapa tempat di dunia



7 Gambar fenomena bulan berdarah atau Blood Moon yang boleh dilihat di beberapa tempat di dunia | Satu fenomena gerhana bulan penuh yang digelar 'bulan berdarah' berlaku semalam. Gerhana tersebut yang menyebabkan bulan kelihatan merah seperti darah boleh disaksikan oleh penduduk di selatan dan utara Benua Amerika.







Fenomena 'bulan berdarah' kali ini merupakan yang pertama daripada empat gerhana serupa yang diramalkan berlaku dalam tempoh dua tahun akan datang. Gerhana itu berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. - Agensi






.

Thursday, December 12, 2013

8 Gambar Proton Perdana wajah baharu (kenderaan rasmi kerajaan)


8 Gambar Proton Perdana wajah baharu (kenderaan rasmi kerajaan) | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan. Proton Perdana berwajah baharu itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.


Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N.


Turut hadir Muhyiddin, Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet. Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohd Khamil berkata Proton Holdings Berhad (Proton), anak syarikat DRB-HICOM, hari ini menyerahkan kumpulan pertama 200 unit Proton Perdana kepada kerajaan.


Beliau berkata 3,000 unit lagi akan diserahkan kepada kerajaan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh dua tahun bagi menggantikan kumpulan Proton Perdana pada masa ini yang digunakan sebagai kenderaan kerajaan. "Buat masa ini, Proton Perdana baharu itu hanya untuk kenderaan rasmi kerajaan, termasuk agensi kerajaan dan ia tidak akan dijual kepada orang awam.


 "Proton juga menerima permintaan daripada kerajaan negeri dan badan berkanun untuk menukarkan Proton Perdana yang sedia namun ia tertakluk kepada kelulusan," katanya. Mohd Khamil berkata Proton Perdana merupakan sebahagian daripada program pembangunan yang dijalankan Proton dengan kerjasama Honda Japan Ltd. Beliau berkata ia merupakan fasa pertama program antara Proton dan Honda, menurut perjanjian kerjasama antara kedua belah pihak akhir tahun lepas.


"Kami menyampaikan penghargaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia atas kepercayaan mereka kepada Proton dan memberikan kami peluang sekali lagi sebagai penyedia kenderaan rasmi kerajaan,” katanya.


Mohd Khamil berkata penggantian model Perdana yang akan digunakan kerajaan Persekutuan adalah di bawah fasa satu perancangan Proton bagi membangunkan segmen D baharu. Katanya Proton telah memulakan fasa dua program berkenaan yang membabitkan pembangunan seterusnya model segmen D mengikut inisiatif perkongsian platform dengan Honda Japan Ltd, dengan reka bentuk dalaman dan luaran yang baharu.


 "Ia akan dilancarkan di pasaran Malaysia dalam tempoh 18 hingga 24 bulan. Ia akan dijual kepada orang awam,” katanya. - Bernama





.

Monday, December 9, 2013

Gambar sisa tinggalan Tembok Berlin yang menjadi bahan pameran di seluruh dunia


Gambar sisa tinggalan Tembok Berlin yang menjadi bahan pameran di seluruh dunia | SELEPAS Tembok Berlin dirobohkan bermula tahun 1990 hingga 1992, hanya sebahagian kecil struktur pemisah antara Jerman Timur dengan Jerman Barat itu kekal berada di lokasi asalnya. Apa yang tinggal kini hanyalah bahagian tembok sepanjang 1.3 kilometer di East Side Gallery, di Muhlenstrasse yang menjadi simbol kebebasan antarabangsa. Tembok konkrit sepanjang 156.4 kilometer yang tersergam sejak tahun 1961 sehingga 1989 itu, dibina oleh pemimpin Jerman Timur bertujuan bagi menghentikan penghijrahan besar-besaran tenaga kerja muda ke Jerman Barat.

Berdasarkan buku Berlin Wall Story nukilan Hans-Hermann Hertle, selepas berlakunya penggabungan di antara dua bahagian Jerman pada 3 Oktober 1990, arahan merobohkan tembok berkenaan dikeluarkan. Sebanyak 65 buah kren, 175 buah lori dan 13 buah jentolak dikerah bagi memecahkan tembok itu yang berada di dalam bandar pada tahun 1990 dan di bahagian luar bandar pada tahun 1992. Lebih daripada 40,000 bahagian tembok itu dipecahkan untuk dijadikan bahan binaan jalan raya, namun terdapat juga beberapa bahagian yang tidak dirobohkan oleh pihak berkuasa. Ada di antara sisa runtuhan tembok itu dilelong sebagai bahan seni dan tidak kurang juga didermakan kepada muzium atau beberapa institusi di seluruh dunia seperti yang terdapat di Muzium Perang Imperial di London dan Perpustakaan Presiden Ronald Reagan di California.


Namun, pernahkah anda terfikir ke manakah sebahagian lagi sisa runtuhan tembok itu dibawa? Pasti ramai tidak menyangka ada di antara bahagian tembok tersebut kini dijadikan dinding sebuah tandas lelaki di Main Street Station Casino di Las Vegas. Struktur tiga meter lebar dan 1.8 meter tinggi itu kini, menempatkan tiga tempat pembuangan air kecil dengan dindingnya dilindungi dengan kaca. Selain itu, kira-kira 20 bahagian sisa runtuhan Tembok Berlin turut dijadikan sebagai bahan perhiasan sebuah syarikat penyiaran Argentina iaitu Perfil Group di Buenos Aires. Syarikat berkenaan dalam laman webnya menyatakan, pihaknya menyimpan artifak bersejarah itu kerana signifikannya kepada kebebasan. Sisa runtuhan berkenaan turut terdapat di hadapan Bangunan Variety di Wilshire Boulevard di Los Angeles.

Sepuluh bahagian runtuhan tembok yang disusun di kawasan lapang di situ juga, merupakan struktur terpanjang Tembok Berlin yang berada di Amerika Syarikat. Muzium Wende sebuah institut penyelidikan dan pendidikan yang memelihara artifak dan bahan sejarah Perang Dingin, membawa sisa-sisa runtuhan itu ke Wilshire Boulevard pada tahun 2009 dengan bantuan daripada kerajaan Jerman dan pihak berkuasa Los Angeles sebagai sebahagian daripada 'Projek Wall'. Selain itu, dua bahagian sisa runtuhan Tembok Berlin turut dijadikan daya tarikan oleh Hotel Anatole di Dallas yang memiliki 1,606 bilik. Hotel Anatole turut mempamerkan koleksi seni di semua 27 tingkat bangunannya. Sisa tinggalan tembok tersebut diberikan kepada hotel itu pada tahun 1990 oleh seorang rakan kongsi hotel berkenaan.


Sebahagian runtuhan tembok itu juga boleh dilihat berhampiran Sungai Cheonggyecheon di Seoul sejak ia dibawa pada 2005. Menurut Korea Times, struktur 3.5 meter tinggi dan tiga meter lebar itu mempunyai grafiti di sebelah bahagian sementara kosong di bahagian belakangnya. Taman Tema Parque Europa di Madrid, Sepanyol yang memaparkan kebanyakan monumen terkenal Eropah, turut mempamerkan satu bahagian Tembok Berlin yang menjadi sebahagian daripada daya tarikannya. Selain lokasi-lokasi dinyatakan, sisa tinggalan Tembok Berlin juga boleh dilihat di kampung Schengen, tenggara Luxembourg; Vatican Gardens, Vatican City; Madison Avenue, New York City; dan Western Station, Brown Line, Chicago. - AGENSI





.

Wednesday, November 20, 2013

Kejadian ngeri berlaku selepas taufan Haiyan di Filipina


Kejadian ngeri berlaku selepas taufan Haiyan di Filipina | Kekuatan Taufan Haiyan yang melanda negara ini dengan kelajuan angin kira-kira 314 kilometer sejam bukan sahaja membawa kemusnahan kepada harta benda, malah turut menyebabkan mayat dan rangka manusia terkeluar daripada perkuburan. Sukarelawan, Claire Gregorio berkata, keadaan itu berlaku di bandar Hernani, wilayah Samar Timur. "Keadaan ini tidak ubah seperti mimpi negeri apabila beberapa mayat, rangka serta batu nisan terkeluar daripada kubur akibat taufan berkenaan. "Mayat-mayat, rangka serta tengkorak juga boleh dilihat di atas jalan akibat dibawa angin kencang, manakala kubur yang diperbuat daripada konkrit dan marmar juga pecah," katanya.

Gregorio berkata, taufan itu juga telah memusnahkan kubur dan menarik keluar mayat seorang lelaki yang baru dua hari dikebumikan sebelum taufan melanda. Katanya lagi, Taufan Haiyan adalah taufan yang terkuat pernah melanda negara itu dan telah membunuh sekurang-kurangnya 75 penduduk di bandar itu selain 45 lagi dilaporkan hilang. Sementara itu, seorang petani Luciano Habagat, 70, terpaksa mengharungi detik cemas apabila rumahnya dipukul ombak besar akibat Haiyan.


"Seluruh kawasan menjadi gelap ketika taufan datang dan suasana menjadi kelam-kabut apabila semua orang berlari ke sekolah dan bukit berdekatan untuk mencari perlindungan," ujarnya. Dalam pada itu, AFP melaporkan selepas seminggu tragedi itu berlaku, seramai 3,976 orang telah terkorban, dengan 1,600 orang disenaraikan masih hilang, sementara empat juta lagi kehilangan tempat tinggal. - AFP Penduduk juga dilaporkan terputus bekalan elektrik, air dan bekalan makanan pula dilaporkan masih terhad. - AFP




.

Tuesday, November 19, 2013

Gambar ukiran kayu terpanjang di dunia


Gambar ukiran kayu terpanjang di dunia | Satu ukiran kayu menampilkan lukisan bersejarah, Riverside Scene at Qingming Festival dinamakan sebagai ukiran kayu terpanjang di dunia oleh Guinness World Records baru-baru ini. Ukiran kayu tersebut memiliki panjang 12.286 meter dan dihasilkan oleh seorang artis seni tempatan, Zheng Chunhui yang berasal dari wilayah Fujian.


Dia mengambil masa empat tahun untuk menyiarkan hasil seni tersebut beberapa teknik ukiran yang berbeza. Dua versi lukisan tersebut masing-masing dari era Dinasti Song dan Dinasti Qing diukir pada kayu berkenaan. Lukisan itu diukir pada batang pokok kapur barus berusia 1,000 tahun. - Agensi




.

Monday, November 11, 2013

16 Gambar kesan tragedi taufan Haiyan.. Mangsa umpama zombi



16 Gambar kesan tragedi taufan Haiyan.. Mangsa umpama zombi | Beribu-ribu mangsa Taufan Haiyan yang letih dan kelaparan, menyelongkar runtuhan dan timbunan sampah sarap untuk mendapatkan sisa makanan dan air bersih, sambil mencari anggota keluarga dan sanak-saudara yang hilang. Seorang pelajar perubatan dan penduduk tempatan, Jenny Chu berkata, beliau tidak lagi dapat mengenali kampungnya.




“Semuanya sudah tiada. Rumah kami hanya tinggal rangka dan kami kehabisan makanan dan air. Kami mencari makanan di mana saja, malah van yang membawa bekalan makanan turut dirompak.



“Penduduk yang letih dan lapar kelihatan seperti zombi, ketika menyelongkar sampah sarap sambil menutup hidung dan mulut untuk menahan bau mayat yang kian mencengkam,” katanya.






Mencari mayat 

Pegawai bandar raya, Tecson John Lim, berkata pihaknya bekerja sepanjang mangsa untuk mencari mayat dan menghantar bekalan kepada mangsa, ketika perbuatan mencuri dilaporkan semakin menjadi-jadi, ketika usaha mengawal keadaan dan memulihkan komunikasi giat dijalankan.





 “Kami dimaklumkan mengenai perbuatan mencuri dan pusat beli belah dan pasar raya. Mereka mengambil apa saja, termasuk barangan seperti televisyen yang boleh ditukar dengan makanan,” katanya.



Lim berkata, pihaknya tidak mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menangani keadaan yang berlaku. “Kami mempunyai 2,000 kakitangan tetapi hanya 100 datang bekerja, manakala yang lain terpaksa mengendalikan keluarga masing-masing,” katanya. -AP





.

Friday, November 8, 2013

Gambar Taufan Haiyan yang membawa puting beliung terkuat didunia tahun ini melanda Filipina



Gambar Taufan Haiyan yang membawa puting beliung terkuat didunia tahun ini melanda Filipina | Taufan Haiyan yang turut membawa puting beliung terkuat di dunia tahun ini, mula membadai Filipina awal pagi ini dengan kelajuan angin sehingga 275 kilometer sejam, demikian menurut agensi perkhidmatan kaji cuaca. Haiyan yang bermula di Pulau Samar, kira-kira 600 kilometer di barat daya Manila, membadai di pesisir pantai Guiuan jam 4.40 pagi tadi waktu tempatan, demikian menurut pegawai kaji cuaca Romeo Cajulis. Presiden Benigno Aquino semalam memberi amaran kepada penduduk agar membuat segala persiapan untuk menghadapi Taufan Haiyan yang kelajuan anginnya boleh mencecah sehingga 380 kilometer sejam apabila membadai Filipina.



“Kepada pegawai tempatan, wilayah anda akan berdepan bencana yang serius. Sama-samalah kita menghadapinya dan memberi bantuan sedaya upaya sementara Haiyan belum membadai," katamya dalam pengumuman di stesen televisyen. “Kita cuba mengharungi kesan taufan ini sekecil mungkin dengan sikap tolong menolong. Marilah kita bertenang terutama dalam kita berpindah dan membawa keperluan kita ke tempat selamat," katanya. Aquino juga memberi amaran jangkaan rebut berkenaan turut membawa banjir besar dan memusnahkan herta benda terutama di sebelah pantai dengan ombak boleh menjangkau setinggi enam meter atau 20 kaki. Lebih 125,000 penduduk di kawasan beririko sudah dipindahkan sebelum Haiyan melanda, demikian menurut pegawai pertahanan awam Filipina.



Pihak berkuasa berkata sekolah di kawasan yang bakal dilanda taufan sudah diarah tutup, manakala perkhidmatan feri dan nelayan diarah menyelamatkan bot mereka atau balik ke pantai. Di ibu negara Manila, yang dijangka tidak mendapat kesan langsung dari taufan berkenaan bagaimanapun menyaksikan banyak sekolah ditutup hari ini. Syarikat penerbangan seperti Philippine Airlines, Cebu Pacific dan beberapa syarikat penerbangan lain mengumumkan penggantungan ratusan penerbangan yang kebanyakannya domestic dan beberapa penerbangan antarabangsa. - AFP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!