Saturday, October 16, 2010

Mati selepas berdiet


CHELLASTON - Seorang ibu di Britain pengsan dan mati mengejut di tempat kerja selepas dia melakukan diet untuk kelihatan langsing sebelum pergi bercuti bersama keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu itu, Lucy Prince, 36, kehilangan berat badan lebih sembilan kilogram dalam tempoh sebulan dengan cuma mengambil minuman pelangsing dan melakukan senaman ketat.

Namun, jantungnya gagal berfungsi di tempat kerja dan dia rebah di hadapan pengurusnya di sebuah kilang kereta di sini England pada Jun lepas sebelum disahkan meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian.

Seorang ahli patologi, Dr. David Green memberitahu satu inkues pada Rabu lalu bahawa selepas diet, Prince mengalami tekanan darah rendah manakala kadar kalium dalam badannya pula sangat rendah dan berisiko menyebabkan kematian.





Burger McDonald's tidak busuk selama enam bulan


Burger daging dan kentang goreng McDonald's didapati tidak busuk selama enam bulan selepas ia dibiarkan berada di atas pinggan di dalam apartmen seorang wanita, Sally Davies di New York.
Wanita itu membeli set Happy Meal McDonald's enam bulan lalu dan dia tidak memakannya.

Apa yang dibuat dengan burger itu ialah dia merakamkan gambar makanan tersebut dengan kamera bagi melihat sama ada ia mengalami perubahan selama enam bulan. Dia membeli burger dan kentang goreng itu pada 10 April lalu.


Burger dan kentang goreng yang tidak busuk itu pernah disiarkan dalam beberapa program televisyen dan menjadi perdebatan semasa orang ramai memikirkan bagaimana makanan segera boleh menunjukkan perubahan bentuk selepas enam bulan berada di atas pinggan.

"Ia (merakamkan burger itu selama enam bulan) bermula dengan satu pertaruhan dengan seorang rakan saya," katanya.
"Oleh itu, pada 10 April lalu, saya membeli sebiji burger dan saya mula merakamkan gambarnya tetapi tidak ada apa yang berlaku. Burger itu berbau selama satu hari dan ia kemudian terhenti (tidak ada bau lagi)," kata wanita tersebut.

Roti burger itu mengecut sedikit tetapi ia masih mengekalkan keadaan asal dan kelihatan sama seperti baru dibeli. Seperti yang dikatakan wanita itu, burger itu juga tidak ada bau.
Dua ekor anjingnya, Shih Tzu dan Charlie tidak menunjukkan minat untuk memakan buger itu kerana ia tidak mengeluarkan bau.

Ketahanan buger tersebut selama enam bulan mencetuskan kebingungan dan kebimbangan ramai pihak sama ada makanan segera yang bertahan lama itu sihat untuk kesihatan.
Pihak McDonald's enggan memenuhi permintaan ditemu ramah.
Bagaimanapun, menurut satu kenyataan rangkaian restoran itu, bahan makanan segar disediakan di restoran McDonald's.


"Adalah tidak munasabah untuk menyediakan satu maklumat terperinci berhubung dakwaan (wanita itu) tanpa mengetahui keadaan makanan itu disimpan. Kami meminta orang ramai tidak membuat sebarang kesimpulan," kata kenyataan daripada rangkaian restoran McDonald's.

Menurut kenyataan itu, bakteria dan kulat membiak berdasarkan keadaan tertentu. Jika makanan kering secukupnya, ia tidak akan membesarkan bakteria atau kulat.
Wanita yang merakamkan gambar itu benci dengan dakwaan yang diterimanya menerusi e-mel bahawa dia menipu berhubung burger tersebut.

"Saya tidak tahu kenapa saya mahu menipu. Saya berharap orang ramai akan membeli burger itu dan melakukan beberapa eksperimen," katanya.




.

Rooney dalam situasi bahaya



Karier Wayne Rooney bersama Manchester United mula tidak menentu ekoran tindakannya menyelar kenyataan pengurus The Red Devils, Alex Ferguson.
Sebelum ini, Rooney dilaporkan kurang senang dengan kenyataan yang dikeluarkan Ferguson yang mendakwa prestasinya merosot sejak mengalami kecederaan buku lali.

Disebabkan itu, Rooney tampil membalas kenyataan Ferguson apabila mengatakan dia tiada masalah dengan kecederaan buku lali yang dialaminya.
Kenyataan daripada penyerang berusia 24 tahun itu hadir selepas dia beraksi bersama England ketika skuad

Three Lions mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Montene- gro dalam saingan kelayakan Euro 2012, Rabu lalu.
Ternyata, kenyataan yang dikeluarkan Rooney turut mendapat sokongan daripada pegawai fisioterapi skuad
England, Gary Lewin.

“Saya hanya boleh bercakap sepanjang tujuh hari Rooney menjalani latihan bersama kami. Dia tidak dilihat mempunyai sebarang masalah seperti yang didakwa (Ferguson) sebelum ini.

“Dia beraksi bersama United dua minggu sebelum dia menjalani latihan bersama England dan apa yang berlaku selepas itu adalah urusan dia dan kelab tersebut.
“Yang pasti, ketika dia bersama kami, tahap kecergasannya benar-benar berada pada tahap terbaik,” jelas Lewin.

Tolong lah bos (Ferguson)..bagilah aku main malam ni..

Rooney telah diketepikan oleh Ferguson ketika menentang Valencia dalam saingan Liga Juara-Juara dan Sunderland pada Liga Perdana England baru-baru ini.
Kini, Rooney sudah pasti berdepan tugas sukar untuk mendapat kepercayaan Ferguson apabila United dijadualkan menentang West Bromich Albion di Old Trafford malam ini.





Yalal Chin Meninggal Dunia



PETALING JAYA: Pelakon dan dramatis terkenal, Yalal Chin meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pukul 12.15 pagi, Sabtu.
Allahyarham sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) di HUKM kira-kira dua minggu lalu.
Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Chin, 67, meninggalkan seorang balu iaitu Suriani Mohd Yusof.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Melaka, awal pagi ini, untuk disemadikan di kampung halamannya.
Sepanjang penglibatan arwah dalam industri seni, beliau pernah bergelar pengarah, pengurus produksi dan jururunding skrip.
Yalal pernah muncul dalam filem Misteri Jalan Lama, Paloh dan Wanita Bertudung Hitam.





 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!